09 April 2016

Seminar bincang produk promosi beberapa PBT

Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Seminar bincang produk promosi beberapa PBT

% 2016-04-09
Oleh Jessica Jawing//


KUCHING: Kementerian Pelancongan bakal mengadakan seminar dan bengkel melibatkan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membincang pakej serta produk pelancongan kawasan majlis berkenaan. 

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, antara PBT berkenaan ialah Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Daerah Bau dan Majlis Daerah Lundu. 

“Pihak berkuasa tempatan ini mengemuka cadangan kepada kementerian supaya tempat menarik di kawasan masing-masing dimasuk dalam pakej produk pelancongan. 

“Bagi saya apa penting kini adalah jika mereka mahu berbuat demikian dengan entiti berbeza maka saya cadang supaya satu seminar diadakan selepas pilihan raya negeri berlangsung,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan wakil daripada majlis berkuasa tempatan berkenaan yang diketuai Pengerusi MPP Lo Khere Chiang di kediamannya di sini, semalam. 

Tambah Abang Johari pada seminar berkenaan, ia harus melibatkan majlis, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), pengusaha pelancongan selain syarikat penerbangan. 

Beliau berkata mereka bakal membincangkan mengenai jangkaan pelancong selain menaik taraf insfrastruktur tempat menarik berkaitan serta meneroka peluang bagaimana masyarakat setempat dapat turut serta. 

“Misalnya di pekan Siniawan, Bau kita memperuntuk sejumlah bantuan kecil tetapi dengan bantuan itu penduduk tempatan dapat menjadi peserta dan kini Siniawan menjadi tarikan setiap hujung minggu. 

“Selain itu di Telaga Air, ramai rakyat Singapura datang ke sana untuk aktiviti melancong dan memberi manfaat kepada penyewa bot dengan kadar sewa dalam anggaran RM1,000 hingga RM1,500 sekali perjalanan atau semalam,” katanya.

Justeru, beliau berasa tarikan tempatan harus dibangun dengan melibatkan komuniti setempat bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment