25 April 2016

PRN11 diharap ubah Batu Kawah, Batu Kitang: Nancy

Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » PRN11 diharap ubah Batu Kawah, Batu Kitang: Nancy

2016-04-24 Pilihan betul akan memastikan suara rakyat lebih kuat
// Oleh Henrietta Liza //

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berharap Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini menjadi titik permulaan perubahan landskap politik di kawasan Batu Kawah dan Batu Kitang di sini. 

Menurut beliau, PRN11 juga dikenal pasti sebagai mekanisme penting sebagai persediaan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal diadakan pada 2018 atau lebih awal. 

“Sekiranya rakyat memilih calon dari Barisan Nasional (BN) ia akan memberi kesan yang positif kepada pembangunan di dua kawasan terbabit, khususnya kawasan Bumiputera kerana peranan serta suara rakyat adalah lebih kuat. 

“Tetapi rakyat perlu memberi kemenangan yang besar kepada Ketua Menteri yang diwakili oleh calon BN, Lo Khere Chiang (Batu Kitang) dan Senator Datuk Dr Sim Kui Hian (Batu Kawah) menerusi kemenangan di Batu Kitang dan merampas semula Batu Kawah,” katanya pada Majlis Santai bersama Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawah dan Batu Kitang, malam kelmarin. 

Beliau yang juga merupakan Ketua Cawangan PBB Batu Kitang menggesa agar ketua-ketua masyarakat serta badan bukan kerajaan berganding bahu memainkan peranan bagi memastikan masyarakat Bumiputera tidak berpecah belah dan sentiasa bersatu hati. 

Beliau juga meminta agar ahli PBB sentiasa bersatu untuk memastikan bahawa pengundi Bumiputera mengundi calon BN dan seterusnya memberikan mandat yang lebih besar kepada Ketua Menteri. 

Nancy turut mengucapkan penghargaan atas gandingan serta kerjasama padu yang ditunjukkan oleh Wanita dan Pemuda PBB sepanjang penganjuran program tersebut.

No comments:

Post a Comment