25 April 2022

Villagers get to hear govt policies up close

Villagers get to hear govt policies up close

KUCHING: An Info On Wheel (IOW) programme was held for the benefit of villagers at Kampung Lidah Tanah, yesterday (April 24)

Batu Kitang assemblyman Lo Khere Chiang who officiated at the programme said
it was organised by the Information Department (JaPen) in the village to help disseminate information on government policies.

“This programme is very important because the government through JaPen can disseminate information on government policies at the grassroots level.

“It is also hoped that the programme will increase the support and trust of the people towards the government’s administration and efforts,” said Lo.

At the same ceremony, Lo also distributed bubur lambuk to 120 families who attended the ceremony.

Also present were JaPEn Kuching district officer Magdellina Alfred Jeho, Komuniti Keluarga Malaysia Datuk Patinggi Ali chairman Abdul Aziz Abdullah, Masjid Nurul Ashikin Kampung Lidah Tanah chairman Baki Leh and former Kampung Lidah Tanah village chief Hamzah Bujang.

Lo handing out lambuk porridge during IOW programme. – JaPen
Magdellina (second left) presents a souvenir to Lo during the programme in Kampung Lidah Tanah. – JaPen
Lo and Magdellina deliver speeches at the programme. – JaPen

05 April 2022

ADUN Batu Kitang Agih Bubur Lambuk Di Kampung Sinar Baru

ADUN Batu Kitang Agih Bubur Lambuk Di Kampung Sinar Baru

SELASA, 5 APRIL 2022

PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Ir. Lo Khere Chiang mengagihkan bubur lambuk sempena bulan Ramadan kepada penduduk di Kampung Sinar Baru pada Selasa.

Pemberian bubur lambuk tersebut adalah menerusi kerjasama pihak Herritage Society Of RCBM Hospital dan JKKK Kampung Sinar Baru.

Selain itu, beliau juga telah menyempurnakan program pengagihan sebanyak 62 bungkus bubur lambuk kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Khere Chiang turut menyeru penduduk setempat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang bulan Ramadan ini.

Pada masa sama, beliau turut melawat tapak projek pembinaan baharu Dewan Kampung Sinar Baru melalui peruntukan projek RTP berjumlah RM200,000 yang kini masih dalam fasa pembinaan dan mengalami kekangan berikutan masalah daripada pihak kontraktor.

Semasa ditemui wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), beliau berkata berikutan penambahan jumlah penduduk di kampung itu, adalah wajar sebuah dewan ataupun balai masyarakat dibina untuk menjamin keselesaaan para penduduk menjalankan aktiviti serta program yang diadakan.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua Kampung, Kampung Sinar Baru, Ngui Nam Chiew; Ketua Ranting PBB Kampung Sinar Baru, Mamat@Muhammad Rhayi; Presiden Herritage Society Of RCBM Hospital, Angelina Jong Siew Phing dan para penduduk kampung.–EDISI UKAS

https://ukas.sarawak.gov.my/2022/04/05/adun-batu-kitang-agih-bubur-lambuk-di-kampung-sinar-baru/?fbclid=IwAR2NxeI62p8slJdgGho5TmdgBdnXEw0PoqcAm2KWeu0nLkM6NVwgpUyPt24

MPP gesa kontraktor laksanakan projek dengan baik, siap ikut jadual

MPP gesa kontraktor laksanakan projek dengan baik, siap ikut jadual

Kelihatan Lo ketika ditemui wartawan semasa lawatan ke projek Dewan Serba Guna Kampung Sinar Budi.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.

PADAWAN, 5 April: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan MPP Lo Khere Chiang menggesa setiap kontraktor melaksanakan projek dengan baik dan siap mengikut jadual.

Menurut beliau, ia penting bagi memastikan mereka mendapat tawaran projek yang seterusnya.

“Buatlah kerja atau projek dengan sebaiknya, jika tidak, tak akan ada lagi projek seterusnya.

“Anda (kontraktor) ada lesen, oleh itu hargai dan lindungi lesen ada serta laksanakan kerja dengan baik.

“Pihak majlis akan gembira untuk memberi projek yang seterusnya,” kata beliau ketika ditemui pada lawatan ke tapak projek Dewan Serba Guna Kampung Sinar Baru di sini, hari ini.

Berhubung projek dewan tersebut, Lo yang juga Adun Batu Kitang berkata ia sepatutnya siap lapan bulan yang lalu.

Namun, katanya, disebabkan kelewatan daripada pihak kontraktor, projek yang berharga RM200,000 itu hanya akan siap dalam tempoh enam bulan ini.

Katanya, sehingga kini projek hanya mencapai 20 peratus siap.

“Ini merupakan projek transformasi luar bandar (RTP) menerusi Pejabat Residen dimana kontraktor dilantik melalui proses cabutan undi.

“Manakala bagi projek di bawah MPP, lantikan kontraktor adalah secara tender,” katanya. — DayakDaily

https://dayakdaily.com/mpp-gesa-kontraktor-laksanakan-projek-dengan-baik-siap-ikut-jadual/?fbclid=IwAR2P8qPwvA-oFd_c4YbPmE0PHJlfTV32FE11wAzWSW_-Ty7ppr_V2hsR_QA