Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP terus bantu
golongan miskin, memerlukan di kawasan seliaannya
% 2016-04-23
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pada tahun ini akan meneruskan usaha membantu golongan miskin dan memerlukan di kawasan seliaannya di bawah Program 1AZAM dan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata kedua-dua program tersebut telah menunjukkan hasil dan keberkesanan dengan ramai orang miskin dan memerlukan di kawasan MPP telah mendapat manfaat daripadanya.
Katanya menerusi Program 1AZAM yang bermula sejak 2014, MPP telah membantu 10 keluarga dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM48,000 yang disalurkan oleh Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Manakala tahun lepas, pihak berkuasa tempatan itu membantu 12 keluarga menggunakan peruntukan sebanyak RM93,420 dengan membekalkan kios burger, mesin pemotong rumput dan membuka kedai runcit untuk mereka.
“Kami akan meneruskan Program 1AZAM pada tahun ini di mana Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga sudah berjanji untuk memberi peruntukan kerana program ini sangat baik dan berkesan dalam membantu orang miskin dan memerlukan,” katanya selepas melawat peserta-peserta 1AZAM di Kampung Bumbok dekat sini, kelmarin.
Manakala bagi PPKB yang mula dilaksanakan pada 2012, Lo berkata MPP setakat tahun lepas telah membina 12 rumah untuk orang miskin dan tidak mampu memiliki rumah termasuk mangsa kebakaran di kawasannya.
“Walaupun ini bukan skop kerja MPP tetapi kami tetap melaksanakannya kerana program ini sangat bermakna bagi mereka yang memerlukan,” katanya sambil menambah, akan turut meneruskan program berkenaan pada tahun ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pada tahun ini MPP akan membantu membaik pulih rumah untuk tiga keluarga di kawasannya iaitu dua di Kampung Haji Baki dan satu di Kampung Mundai.
Jelas beliau, setiap rumah tersebut akan dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM10,000.
Justeru, Lo menyeru agar orang miskin khususnya di kawasan MPP supaya mendaftarkan diri dalam e-Kasih bagi membolehkan mereka mendapat bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan seperti di bawah Program 1AZAM dan PPKB.

No comments:
Post a Comment