05 May 2016

Saya adalah seorang pembina, bukan penceramah atau pembahas.

Saya adalah seorang pembina, bukan penceramah atau pembahas.

"Jalan menuju kejayaan masih dalam pembinaan" Tiada apa yang mustahil ... 😄
Masalah berkaitan dengan kejuruteraan agak sukar difahami, ia nya melibatkan pelbagai cara penyelesaian, ada yang baik dan sebaliknya dan juga berbeza beza. Kesimpulannya adalah untuk mencapai penyelesaian yang baik. Ianya merupakan satu aktiviti kreatif yang melibatkan imaginasi, gerak hati dan pilihan yang tepat serta pembiayaan tanpa sempadan.
Kejuruteraan merujuk kepada amalan dalam melakukan kerja reka bentuk dan pembinaan, dan saya akan memastikan agar tidak pengendalian kerja berlaku dengan betul serta mengelak kejadian yang tidak diingini yang akan mengubah perubahan fizikal di sekeliling kita demi mencapai pembangunan yang sewajarnya
Bunyi nya agak canggih bukan. Tetapi dari sudut orang biasa, saya hanyalah seorang pembina yang rendah hati dan biasa biasa saja
Kejuruteraan awam merupakan cabang kejuruteraan yang mengajar kita yang paling asas iaitu mengenai menguruskan orang disekeliling. Berurusan dengan orang di sekeliling adalah kemahiran yang amat berguna dan pentingdi dalam hampir semua pekerjaan kita tanpa mengira apa yang anda lakukan.
jurutera awam hari ini bukan sahaja perlu mereka bentuk kemudahan atau rekaan baru malah perlu menganalisis kesan kemerosotan kepada elemen-elemen infrastruktur, pertimbangkan segala jenis aspek dan situasi dan menilai kesan kitaran hidup di samping mempertimbangkan keseimbangan alam sekitar dan ekonomi dalam konteks masyarakat.
Ia adalah tanggungjawab saya untuk berkhidmat, dan menjadi kewajipan saya untuk membuktikan pada anda semua! Tetapi saya tidak boleh melakukannya sokongan dari Anda semua.
Kita tidak boleh bergantung kepada kerja-kerja tebatan banjir sementara sahaja. Kita perlu untuk menyelesaikannya dari akar umbi dari setiap aspek dan sudut dan juga dengan perancangan yang sangat canggih, terperinci dan tersusun.
Bersama-sama kita sepakat, berikan saya tanggungjawab untuk menjadikan Batu Kitang lebih baik!
Untuk ini, saya dengan rendah diri dan seikhlasnya menggesa Rakyat untuk mengundi saya, Lo Khere Chiang, Jurutera Awam Yang Bersemangat Tinggi ke dalam Dewan Undangan Negeri.
Anak Sarawak! Untuk Masa Depan Sarawak.
N13 Batu Kitang
Lo Khere Chiang

No comments:

Post a Comment