Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Pinda undang-undang
atasi kesesakan trafik
% 2016-05-28
Oleh Jessica Jawing//
KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan bercadang meminda undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk di kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terutama berkaitan masalah kesesakan di Batu Kawa.
Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pindaan itu bagi membolehkan pihak PBT menempatkan warden trafik dalam membantu polis trafik ketika bertugas di kawasan tertentu yang mengalami kesesakan paling tinggi.
“Kita perlu meminda undang-undang kecil untuk memperkasakan pihak berkuasa tempatan dengan hak untuk melantik warden trafik.
“Kita tidak mahu asyik menyalahkan semua orang sebaliknya menyelesaikan isu menerusi kerjasama dengan mencari penyelesaian supaya sekurang-kurangnya menjadikan Batu Kawa tempat lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan terhadap Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Choo Yin Kok yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang merangkap Pengerusi MPP Lo Khere Chiang di Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan di sini, semalam.
Selain itu Dr Sim yang juga ADUN Batu Kawa berkata, antara isu yang mungkin diteliti beliau adalah meletakkan pegawai polis di Balai Polis Batu Kawa berbanding sedia ada hanya anggota sahaja.
“Kita dimaklumkan tadi, Batu Kawa mempunyai kadar jenayah tertinggi di bawah kawasan Padawan tetapi tidak ada pegawai di balainya dan perkara ini harus kita fahami supaya kita dapat menanganinya,” tegasnya.
Mengenai lawatan dan kunjungan itu, Dr Sim berkata, ia sebahagian daripada dasar turun padang dan bekerja dengan pelbagai agensi bagi memahami isu-isu selain membangkitkan kebimbangan orang ramai di kawasan Batu Kawa kepada agensi relevan.

Sementara itu pada pertemuan berkenaan semalam, dimaklumkan antara laluan paling sesak pada waktu
kemuncak di Batu Kawa adalah dari Jalan Datuk Stephen Yong hingga ke bulatan Sunny Hill.
Sehingga kini MPP, antara majlis yang tidak mempunyai warden trafik dan meletakkan anggota polis bagi membantu tugasan terbabit, yang juga turut mengalami kekangan dari segi tenaga anggota.

No comments:
Post a Comment