Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » i.Zakaya berpotensi
tarik kunjungan pelancong
% 2016-05-21
RASMI: Lo (empat kiri) dan Patrick (tiga kiri) serta yang lain melakukan simbolik perasmian pembukaan restoran dan bar i.Zakaya di iCom Square, Kuching semalam.
KUCHING: Pembukaan restoran dan bar berkonsepkan Jepun di pusat komersial iCom Square dekat sini berpotensi sebagai tarikan pelancongan baharu di bandar raya ini.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang berkata demikian ketika hadir merasmikan pembukaan restoran dan bar i.Zakaya di sini semalam.
Restoran dan bar berkonsepkan Jepun itu merupakan pertama seumpamanya dibuka di bandar raya ini oleh dua usahawan muda Brendan Ting dan Owen Phan.
“Saya yakin restoran dan bar ini berpotensi dijadikan salah satu daripada tarikan pelancongan baharu di kalangan pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke negeri ini.
“Sehubungan itu, saya berharap lebih ramai usahawan muda kita akan mewujudkan lebih banyak tempat menarik untuk dikunjungi di bandar raya ini,” katanya ringkas.
Dalam pada itu i.Zakaya mula dibuka kepada orang ramai semalam merancak lagi aktiviti perniagaan di iCom Square.
Kedua-dua pemilik i-Zakaya ini merupakan anak didik kepada pengasas iCube Innovation, Dato Patrick Liew yang merupakan sebuah pusat inovasi dan jaringan kerjasama terbesar bagi usahawan muda.
Ruangan dalaman restoran dan bar ini dihiasi rekaan moden dengan sentuhan kayu dan emas klasik demi keselesaan pengunjung ketika menjamu selera.
Restoran dan bar ini merupakan lokasi ideal bagi penggemar makanan Jepun menikmati sajian kegemaran mereka dalam suasana yang eksklusif dan menenangkan.
Pelabur i.Zakaya, Patrick semalam memaklumkan bahawa restoran ini akan diperluaskan kepada lebih 4,600 kaki persegi dengan tambahan seksyen baharu teppanyaki dalam masa terdekat.

No comments:
Post a Comment