06 May 2016

Lo Khere Chiang optimis menangi kerusi Batu Kitang




KUCHING: Calon BN Lo Khere Chiang daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kekal optimis dalam memenangi kerusi Batu Kitang meskipun menerima saingan hebat daripada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Tindakan Demokratik (DAP). 

Menurutnya, beliau berusaha gigih tanpa henti sepanjang tempoh kempen bagi mendapatkan sokongan daripada para pengundi dan berdasarkan respons baik diterima, ia diharap akan diterjemah dalam bentuk undi pada 7 Mei ini. 

“Saya melihat peluang saya dalam pilihan raya negeri ini agak baik, namun saya tidak akan mengatakan saya mempunyai peluang lebih baik (berbanding PKR dan DAP),” katanya pada sidang media di ibu pejabat SUPP, di sini, kelmarin. 

Kerusi baharu diwujudkan selepas persempadanan semula itu menyaksikan saingan lima penjuru antara Lo, Voon Shiak Ni daripada PKR, Abdul Aziz Isa daripada DAP, serta dua lagi calon Bebas Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng. 

Lo memberitahu, beliau akan mendekati seramai pengundi yang mungkin dalam beberapa hari sebelum tempoh kempen berakhir agar mereka menyokong Team Adenan. 

Beliau yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menjelaskan, bil cukai pintu yang telah dihantar perlu dijelaskan sebelum tarikh terakhir pembayaran atau terpaksa membayar denda. 

“Pihak majlis masih kurang jelas mengenai diskaun tersebut dan masih menyelaraskan angka terakhir perlu dibayar. 

“Sementara itu, sila bayar mengikut jumlah dicatat dalam bil dan majlis akan memberi rebat dalam bil seterusnya,” katanya sambil menambah, itu merupakan soalan sering dikemukakan kepadanya semasa kempen. 

Selain Lo, calon-calon BN lain daripada SUPP ialah Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian di kerusi Batu Kawah, Peter Pau (Padungan), Milton Foo (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang) dan Wilfred Yap (Kota Sentosa). 

Sementara itu, Yap turut percaya beliau semakin mendapat sokongan pengundi di kerusi Kota Sentosa berdasarkan sambutan terhadap ceramah dijalankan.
Ketika beliau dicalonkan di kerusi itu katanya, ramai menyifatkannya sebagai ‘kambing hitam’ SUPP untuk merebut semula Kota Sentosa daripada penyandang yang juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam saingan satu lawan satu. 

“Namun sepanjang ceramah-ceramah dijalankan, kelihatan seperti pengundi-pengundi memihak kepada saya....kita tunggu dan lihat 7 Mei ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Pilihan Raya SUPP Pusat Datuk Matthew Chen menyelar pemimpin DAP Pusat Lim Guan Eng yang mahu membawa isu autonomi imigresen Sarawak ke mahkamah selepas PRN selesai kelak dan menyifatkannya sebagai ‘cubaan merampas hak Sarawak’. 

“Saya juga ingin bertanyakan kepada pemimpin-pemimpin DAP Sarawak dan ahli-ahlinya jika mereka turut menyokong tindakan tersebut kerana cubaan untuk memansuh atau meminda autonomi imigresen Sarawak adalah sama seperti merampas hak-hak semua rakyat Sarawak. 

“Saya percaya rakyat Sarawak tidak bersetuju dan jika Lim Guan Eng benar-benar mahu mencabar di mahkamah, beliau perlu meminta persetujuan daripada kira-kira 300,000 penduduk Sarawak,” katanya bagi mengulas laporan akhbar harian Cina. 

Chen yang juga setiausaha penganjur SUPP turut mempersoalkan kenapa DAP Sarawak memerlukan lebih 100 pekerja kempen dari Semenanjung Malaysia seolah-olah parti itu ‘tin kosong’ apabila tidak dapat beroperasi dengan baik dengan sendiri di peringkat negeri. 

Beliau pada masa sama turut mengalu-alukan kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mengakui Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan terus menerajui negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang. 

“Sehubungan itu, saya menyeru para pengundi untuk memberi Adenan mandat kukuh agar dapat meminta 

online.utusanboreo
2016-05-05

http://www.utusanborneo.com.my/2016/05/05/lo-khere-chian...

No comments:

Post a Comment