11 August 2016

Rakyat Sarawak diseru tidak terpengaruh dengan senario politik di Semenanjung


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Rakyat Sarawak diseru tidak terpengaruh dengan senario politik di Semenanjung

Utusan Borneo Online: 2016-08-11


KUCHING: ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang menyeru rakyat Sarawak agar tidak terpengaruh dengan
senario politik di negara ini yang semakin meruncing khususnya di Semenanjung Malaysia. 
 
Katanya, adalah lebih penting untuk rakyat Sarawak terus bersatu demi memelihara keutuhan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
“Rakyat Sarawak terutama golongan muda harus berwaspada dalam menghadapi perubahan politik pada masa ini yang menyaksikan pelbagai perkara berlaku. 

“Kita harus sentiasa peka agar tidak mudah terpengaruh dengan politik yang membawa kemudaratan dan sebagai rakyat Sarawak, kita harus bersatu di bawah pimpinan Ketua Menteri agar negeri terus mengecapi kemajuan dan keharmonian,” katanya. 

Sehubungan itu, Lo menyifatkan penubuhan parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah tidak berkaitan dengan Sarawak. 

“Ini bukan isu kita (Sarawak), ini isu Semenanjung Malaysia,” katanya. 

Parti Bersatu adalah sebuah lagi parti politik baharu yang ditubuhkan, di mana ia telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:

Post a Comment