06 August 2016

JPN digesa tampil dengan polisi jelas kendali isu status kewarganegaraan


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » JPN digesa tampil dengan polisi jelas kendali isu status kewarganegaraan

2016-08-05 KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tampil dengan polisi lebih jelas dalam mengendalikan isu berkaitan status kewarganegaraan kanak-kanak. 

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di sini, kelmarin, Lo berharap lebih banyak usaha dilakukan dalam menangani masalah itu. 

Beliau turut menjadikan satu kes dikemukakan kepadanya sebagai contoh apabila seorang remaja tidak mendapat status kewarganegaraan berbanding tiga adik beradiknya yang lain.
Kelmarin, Jong Chee Kiat, 17, yang ditemani oleh adik beradiknya, iaitu kakaknya berusia 18 tahun dan dua adik lelakinya berusia antara sembilan dan 11 tahun mengadakan perjumpaan dengan Lo. 

Meskipun kedua-dua ibu dan bapa remaja berkenaan adalah warga tempatan, Chee Kiat yang lahir di hospital di sini bagaimanapun mempunyai sijil lahir yang tidak ada sebarang nombor atau status kewarganegaraan. 

Apa yang mengelirukan remaja itu apabila dua adik lelakinya yang lahir di negara asal ibu mereka bagaimanapun mendapat status kewarganegaraan melalui bantuan Lo. 

Lo berkata, ia merupakan kes yang tidak masuk akal memandangkan tidak ada sebarang alasan diberikan JPN Negeri tentang sebab mengapa remaja itu tidak mendapat kewarganegaraan. 

Selain remaja itu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Chan May Ly turut mengalami situasi yang sama dan dia ditemani bapanya yang perlu melalui prosedur yang sangat merumitkan. 

“Saya terpaksa turun naik pejabat mereka, menulis surat beberapa kali dan dimaklumkan untuk menghubungi pejabat di Putrajaya, yang saya telah lakukan lebih daripada 100 kali. 

“Jawapan yang saya terima sejak lapan tahun sentiasa ‘masih dalam proses’ atau ‘masih dengan pihak atasan’,” katanya yang menyatakan kebimbangan utamanya adalah masa depan anaknya terutama dalam pendidikan. 

Sementara itu, dua adik beradik lain, Tsea Shu Shien, 27 dan Tsea Xiao Yue, 25, juga mengalami situasi yang mengelirukan. 

Shu Shien mempunyai sijil lahir tetapi tanpa mempunyai MyKad sementara adik lelakinya tidak mempunyai kedua-dua pengenalan itu. 

Mereka berkata, ‘pendaftaran lewat’ dan ‘dokumen tidak lengkap’ antara alasan mereka tidak mendapat kewarganegaraan meskipun telah memohon beberapa kali kepada JPN. 

Disebabkan perkara itu, mereka menghadapi masalah untuk membuka akaun bank dan tidak dapat mendaftar diri untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO). 

Sementara itu seorang lagi budak lelaki berusia lapan tahun turut menghadapi masalah lain yang mendorong bapanya untuk mendapatkan bantuan Lo. 

Bapa Lee Lee Yuan berkata dia tidak diberi kerakyatan walaupun sudah beberapa kali membuat permohonan dan beliau sedih melihat anak-anaknya dinafikan pendidikan dan masa depan yang cerah. 

Dalam kesemua kes itu, bapa mereka adalah seorang warga tempatan yang mengahwini wanita Indonesia kecuali bagi Jong yang mempunyai seorang ibu dari Singapura. 

Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Palawan, seterusnya menyatakan bahaw
a kes-kes ini perlu diketengahkan supaya ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) akan mengambil tindakan segera untuk menangani isu ini. 

“Mungkin ada banyak lagi kes di luar sana dan bagi saya sebagai seorang wakil rakyat, semakin ramai orang yang mencari saya untuk perkara yang sama. Ini adalah tanggungjawab saya untuk mengemukakan perkara ini kepada JPN bagi membantu mereka. 

“Ibu bapa terbabit menggunakan prosedur yang betul tetapi tiada sebab diberikan atau kakitangan JPN Negeri akan berkata ‘rujuk kepada Putrajaya’. 

“Mungkin mereka tidak efisien dan ini adalah tidak adil bagi anak-anak terbabit yang tidak bersalah. Anda boleh kata saya menyibuk tetapi kebimbangan utama kami adalah masa depan mereka. 

“Saya mahu pihak berkuasa menetapkan dasar yang elok untuk menyelesaikan isu ini – bukan sahaja bagi kes-kes ini tetapi bagi semua kes di seluruh negeri,” tegasnya dan menambah, beliau akan terus membawa perkara ini kepada JPN.

No comments:

Post a Comment