Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Lo galak golongan belia
anjur banyak program bermanfaat
Utusan Borneo Online: 2016-08-14
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang menggalak golongan belia menganjurkan lebih banyak aktiviti berfaedah bagi mengisi masa terluang hujung minggu.
Mengambil contoh penganjuran Karnival Auto Merdeka 2016 berlangsung di pekarangan Pasar Raya Giant, Padawan di sini semalam, Lo berkata aktiviti ini lebih sihat berbanding permainan Pokeman Go.
“Sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) saya menyambut baik penganjuran karnival ini bagi mengisi masa terluang hujung minggu dalam kalangan belia termasuk golongan bekerja selepas lima hari penat bekerja.
“Aktiviti seperti ini jauh lebih sihat dan berfaedah untuk masyarakat kita daripada leka dengan permainan Pokeman Go yang banyak mendatangkan masalah kepada pemainnya,” kata Lo dalam ucapan pelancarannya semalam.
Lo turut menyatakan komitmen beliau untuk terus menyokong aktiviti ini di kawasan Padawan pada masa akan datang untuk golongan muda dan masyarakat secara keseluruhannya.
“Seperti yang anda tahu, di kawasan Padawan kini juga sedang berlangsungnya acara Padawan Rafting di Kampung Git dan dengan karnival auto ini ia mempelbagaikan lagi aktiviti dalam kawasan ini.
“Saya harap lebih banyak aktiviti seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang dengan berterusan bagi menghidupkan lagi kemeriahan di kawasan Padawan dan Kuching amnya,” katanya.
Bercakap mengenai karnival tersebut, ia merupakan anjuran Sarawak Auto-Enthusiasts Society bagi mengumpul peminat auto dan berkongsi minat antara satu sama lain dalam satu acara karnival.
Karnival memasuki penganjuran tahun kelima ini berlangsung selama dua hari bermula semalam dan hari ini dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.
Turut hadir, Presiden Sarawak Auto-Enthusiasts Society, Wan Asraq Alif Ali, Pengerusi Penganjur Karnival Auto Merdeka 2016, Willie Ong dan Pengurus Kawasan GCH Retail (M) Sdn Bhd, Anbanathan Pomramu.

No comments:
Post a Comment