Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Lo terus perjuang isu
rakyat tanpa status kenegaraan
Utusan Borneo online 2016-08-13
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang akan terus membela kestanpa kerakyatan terutama melibatkan kanak-kanak di negeri ini.
Bercakap pada sidang media semalam, Lo berkata setakat ini beliau telah mengendalikan sebanyak 10 kes berkaitan masalah ini.
Kes ini katanya bukan sahaja melibatkan pengundi atau rakyat kawasan Batu Kitang tetapi komuniti kawasan lain.
Menurut Lo, kes kanak-kanak tanpa kerakyatan berlaku disebabkan masalah tertentu seperti dokumen perkahwinan ibu bapa tidak sah.
“Ada antara mereka tanpa kerakyatan sudah berusia 24 hingga 27 tahun dan disebab perkara ini mereka berhadapan pelbagai masalah lain.
“Mereka ini dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di sini dan hanya disebab dokumen perkahwinan tidak sah tidak mendapat kerakyatan.
“Disebabkan perkara ini, mereka tanpa kerakyatan ini tidak dapat menikmati keistimewaan diberikan oleh kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya dan lain-lain keistimewaan,” katanya.
Sebelum ini, Lo juga Pen-gerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah membangkitkan masalah ini menerusi akhbar tempatan iaitu melibatkan kes Jong Chee Kiat.
Susulan laporan tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak kata-nya mengambil tindakan proaktif dengan memberi keutamaan menyelesai kes ini.
“Masalah itu dikemuka oleh JPN kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tindakan selanjutnya.
“Terdapat banyak lagi per-kara perlu diurus dan saya harap masalah ini akan dapat diselesai dengan sewajarnya,” katanya.
Pada sidang media itu semalam, Lo turut berterima kasih kepada JPN atas maklum balas positif berhubung isu yang dibangkitkan ini.
“Sebagai wakil rakyat saya akan terus membantu mereka meskipun mereka dari luar Batu Kitang kerana ia menjadi tanggungjawab saya,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment