31 August 2016

Ragbi: SHOAW lakar sejarah tersendiri mencipta hatrik


Halaman Utama (/) » Sukan (http://www.utusanborneo.com.my/sukan) » Ragbi: SHOAW lakar sejarah tersendiri mencipta hatrik

% 2016-08-30
KUCHING: SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) melakar sejarah tersendiri apabila
merangkul gelaran ketiga Kejohanan Ragbi Festival Kuching 2016. 
 
Detik manis itu dikecapi selepas menewaskan SMK Tebedu dengan 47-12 dalam aksi final di Padang Song Kheng Hai di sini kelmarin sekali gus mengesahkan kejuaraan kali ketiga setelah memenangi kejohanan sama pada 2013 dan 2014. 

Skuad bimbingan ketua jurulatih, Zulkarnainhisham Sarbini tampil beraksi cemerlang sepanjang kejohanan sekali gus mengekalkan mutu persembahan pada kejohanan anjuran Kelab Ragbi Kuching (KRFC) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). 

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan anak-anak buahnya sepanjang kejohanan bawah 16 tahun itu. 

“Tahniah kepada semua pemain malah lebih manis pasukan kami menjuarai kejohanan ini untuk kali ketiga berturut- turut,” katanya ditemui selepas berakhir kejohanan itu di sini kelmarin. 

Zulkarnainhisham percaya pemain-pemainnya mengekalkan persembahan berkualiti dan berharap ia akan berterusan. 

Katanya, kejohanan itu tetap sengit meskipun pasukan pilihan Kolej DPAH Abdillah dan MRSM Kuching tidak menurunkan skuad penuh mereka. 

Beliau berharap agar lebih banyak aksi seperti peringkat suku dan separuh akhir dilangsungkan supaya pemainpemain berpeluang mendapatkan pengalaman. 

Pada kejohanan edisi 2016 itu membabitkan sebanyak 12 pasukan dari 10 sekolah sekitar Kuching dan Samarahan bertujuan mempromosikan sukan ragbi kalangan pelajar. 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turut dihadiri pengerusi penganjur, Timothy Julius dan Abdul Rahman Ibrahim serta Presiden KRFC, Yusuf Shah.

No comments:

Post a Comment