KUCHING: Banjir kilat menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang untuk ditangani segera.
Menurut beliau, ia memandangkan hampir setengah kawasan di konstituensinya mengalami masalah tersebut.
“Banyak kampung termasuk kawasan perumahan di Batu Kitang mengalami masalah banjir kilat,” katanya ketika ditemu bual di sini, semalam.
Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menjelaskan punca masalah tersebut adalah disebabkan sistem perparitan yang tidak kondusif ekoran pembangunan yang pesat.
Katanya antara kawasan yang terjejas teruk ialah perumahan di Jalan Arang.
Katanya beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM30 juta untuk menaik taraf perparitan sekali gus menyelesaikan masalah banjir kilat di situ.
Namun, katanya usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan secara segera kerana ia menelan kos yang besar.
“Saya tidak dapat 100 peratus menyelesaikan masalah banjir kilat di Jalan Arang termasuk kawasan-kawasan lain tetapi saya akan cuba mengatasinya bagi memberi kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Lo berkata beliau akan turut menyalurkan peruntukan untuk menyediakan prasarana yang lebih baik kepada kampung-kampung dalam konstituensinya pada tahun depan.
“Saya akan membantu membina atau membaik pulih padang bola sepak, balai raya dan sebagainya untuk kampung-kampung yang memerlukan,” katanya.

No comments:
Post a Comment