20 December 2016

Kepelbagaian bangsa, agama jadi identiti utama Sarawak dalam perpaduan, solidariti


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kepelbagaian bangsa, agama jadi identiti utama Sarawak dalam perpaduan, solidariti

Utiusan Borneo Online;2016-12-20

KUCHING: Kepelbagaian bangsa dan agama menjadi identiti utama Sarawak dalam perpaduan dan
solidariti sejak beberapa generasi. 
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata Sarawak mempunyai kira-kira 27 suku kaum yang hidup aman damai walaupun mempunyai budaya serta amalan berbeza. 

“Ada kata-kata mengata-kan, tiada perpaduan tanpa kepelbagaian,” katanya ketika berucap pada Majlis ‘Krismas Dalam Bandar Perpaduan’ di Kompleks Mahkamah Lama di sini, malam kelmarin. 

Beliau mewakili Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian pada majlis yang turut dihadiri ADUN Batu Lintang See Chee How, ADUN Krian Ali Biju, ADUN Padungan Wong King Wei dan Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datin Jennifer Chee. 

Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata adalah pen-ting untuk rakyat Sarawak mengekalkan amalan saling menghormati antara satu sama lain bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran negeri ini. 

“Apabila rakyat bersatu padu, berkongsi nilai dan impian, mereka dapat bergerak maju bersama, menggandingkan usaha bagi mencapai kejayaan yang tidak mampu dicapai secara individu,” katanya. 

Mengenai majlis itu beliau berkata, simbolik menyalakan lampu hiasan pada pokok Krismas mengingatkan setiap rakyat Sarawak bahawa sinaran lampu itu menggambarkan perpaduan utuh rakyat berbilang kaum di negeri ini. 

Sementara itu, pengerusi penganjur Peter Pui berkata majlis itu merupakan antara aktiviti yang berlangsung sempena Krismas bermula 17 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017. 

Tambah Pui, ia merupakan beberapa siri aktiviti Konvensyen Seni Sedunia yang bertujuan meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak semasa musim perayaan.

No comments:

Post a Comment