Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Jangan terperdaya
laporan negatif pembangkang: Lo
Utusan Borneo Online 2016-12-11 Laporan berunsur jahat tiada kaitan dengan Sarawak
Oleh Agnes Tugong //
KUCHING: Rakyat terutama pengundi di negeri ini diingat supaya tidak terperdaya dengan laporan negatif pihak pembangkang mengenai kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi media sosial dan sebagainya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, banyak laporan berunsur jahat mengenai pemimpin kerajaan BN disebarkan sejak akhir-akhir ini terutama oleh pihak pembangkang.
Tujuan mereka, menurut Lo, adalah untuk membangkitkan rasa marah dan tidak percaya rakyat terhadap kerajaan serta pucuk kepimpinan sedia ada.
“Laporan berunsur jahat yang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama dari Semenanjung Malaysia tiada kaitan dengan kita di Sarawak ini.
“Niat mereka sebenarnya adalah untuk menghancurkan negeri dan pemimpin kita di sini dengan berita- berita palsu mereka.
“Justeru, saya ingin mengingatkan rakyat negeri ini terutama pengundi agar tidak termakan kata-kata pembangkang dan terus menyokong kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Bersama Komuniti Kawasan Matang di Dewan Serbaguna Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Jalan Sungai Tengah, Matang di sini semalam.
Lo yang juga Pengerusi MPP turut menyeru rakyat negeri ini agar terus berdiri teguh di belakang Ketua Menteri pada PRU14 nanti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN Pusat.
“Sebagai rakyat negeri ini kita harus memberi keyakinan sepenuhnya kepada Tok Nan kita dalam menerajui pucuk kepimpinan negeri ini.
“Tok Nan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan beliau mampu membawa lebih banyak kemajuan kepada rakyat di negeri ini,” tambahnya.
Pada PRU13, Sarawak terus kekal sebagai kubu kuat BN dengan memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Tiga parti komponen BN iaitu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menyapu bersih kesemua kerusi yang pertandingkan.
Manakala, sebuah lagi parti komponen BN iaitu SUPP hanya berjaya memenangi satu daripada enam kerusi yang dipertandingkan.

No comments:
Post a Comment