Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kelangsungan
transformasi hasil kepimpinan berintegriti: Abg Johari
2016-12-18
KUCHING: Kelangsungan transformasi masyarakat mampu disempurna menerusi kepimpinan berinovasi dan kreatif serta berintegriti.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ciri berkenaan dicontohi daripada konsep kepimpinan dilaksana Nabi Muhammad yang berjaya membawa perubahan kepada manusia terutama umat Islam.
Justeru, Abang Johari berkata, pemimpin masa kini harus mengambil iktibar dan pengajaran daripada konsep kepimpinan hebat dilakukan Rasullullah dipraktik dalam kehidupan.
“Kepimpinan Rasullullah membawa rahmat kepada umat manusia. Justeru, kita harus mencontohi apa dilaku Nabi Muhammad.
“Melalui konsep tersebut, kita mampu membawa perubahan atau transformasi kepada rakyat di bawah kepimpinan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Aqsa Kampung Segedup di sini, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu merupakan kawasan baharu di bawah konstituensinya sedang mengalami perubahan dari begi pembangunan melibatkan penambaikan jalan raya, sistem peparitan dan lampu jalan.
Katanya, dengan cara itu proses transformasi dapat dilakukan yang memberi kebaikan kepada penduduk setempat.
Menurutnya, pemimpin berilmu mampu melahirkan idea yang dapat memanfaatkan rakyat sekali gus mensejahterakan kehidupan mereka ke arah perubahan.
“Apa penting, minda rakyat perlu diterap dengan persiapan untuk berubah.
“Justeru, ketua masyarakat memainkan peranan penting dalam meyakinkan masyarakat di bawah kepimpinannya menuju transformasi,” katanya.
Abang Johari berkata Persatuan Ketua Masyarakat juga harus meluaskan penganjuran program berunsurkan ilmiah termasuk seminar untuk mendedahkan pemimpin masyarakat dengan teknologi terkini termasuk kemudahan internet.
Hadir sama, ADUN Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang, Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Bahagian Kuching, Pemanca Rashidi Junai dan Penghulu Sulaiman Awi.

No comments:
Post a Comment