30 December 2016

Kenyataan Violet mengenai cukai, dana MPP tidak munasabah: Lo


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kenyataan Violet mengenai cukai, dana MPP tidak munasabah: Lo

Utusan Borneo Online: 2016-12-30 
  KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang menempelak Ahli Dewan Undangnan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong berhubung kritikan terhadap beliau dan majlis mengenai isu dana bagi melaksana program pembangunan kawasan Padawan. 

Katanya, kenyataan Violet bahawa MPP gagal melaksanakan projek dalam kawasan seliaannya walaupun mempunyai dana hasil daripada kutipan cukai taksiran selain memperolehi peruntukan di bawah MARRIS tidak munasabah dan tidak benar sama sekali. 

“Saya sangat marah dengan Violet kerana apa yang beliau cakap adalah sampah dan tidak ada fakta. 

“Malah, saya juga kecewa terhadapnya sebagai seorang wakil rakyat selama tiga penggal tetapi langsung tidak tahu mengenai perkembangan semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MPP di sini, semalam. 

Menurut Lo yang juga ADUN Batu Kitang, Violet patut tahu bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengurangkan kadar cukai taksiran (PBT) bagi meringankan beban rakyat. 

Maka itu, katanya ia tidak memberikan hasil yang banyak, seperti difikirkan Violet kepada mana-mana PBT termasuk MPP. 

Malah, beliau berkata hasil cukai taksiran dikutip oleh MPP selama ini adalah tidak mencukupi untuk digunakan bagi melaksanakan projek pembangunan. 

“Perkara ini sudah saya nyatakan berkali-kali tetapi mengapa Violet masih ti
dak tahu....cukai taksiran dikutip oleh MPP selama ini hanya mencukupi untuk membiayai kos operasi majlis sahaja. 

“Jika kami mahu me-ngutip cukai taksiran bagi tujuan melaksana projek pembangunan, saya pasti ia akan membebankan rakyat,” katanya. 

Dalam pada itu, Lo berkata MPP sejak awal tahun ini telah melaksanakan sebanyak 259 projek kecil dan besar di dalam kawasan seliaannya dengan nilai lebih RM25 juta. 

Justeru, beliau menyeru Violet supaya menumpukan perhatian untuk membantu rakyat di dalam kawasannya tanpa perlu risau kepada MPP. 

“Kami sudah melakukan banyak pembangunan untuk semua rakyat di kawasan MPP berbanding Violet yang langsung tidak pernah melakukan apa-apa kepada rakyat di kawasannya walaupun sudah menjadi wakil rakyat selama tiga penggal,” katanya.

No comments:

Post a Comment