Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Diarah keluar sekolah
kerana status kewarganegaraan
Utusan Borneo Online: 2016-07-21
Selain itu, bapa Jordan Tay turut diminta memulangkan bantuan tahunan RM100 diterima sejak tiga tahun lalu
KUCHING: Jordan Tay, 9, terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan persekolahan kerana dia bukan warganegara dan menurut bapanya,Terry Tay, 39, anaknya diarah pulang dari sekolah pada 14 Julai lalu disebabkan status kewarganegaraannya.
Terry menambah, beliau turut diminta memulangkan bantuan tahunan RM100 diterima anaknya sejak tiga tahun lalu kepada Kementerian Pendidikan.
Berikutan masalah itu, Selasa lepas Terry bersama anak lelakinya itu berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang di pejabatnya di Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi meminta bantuan.
“Saya sudah mencuba empat kali dalam tempoh lapan tahun bagi mendapatkan status kerakyatan untuk anak saya daripada Jabatan Pendaftaran Negara tetapi tidak berjaya,” katanya.
Terry yang merupakan anak Sarawak berkahwin dengan Bobby Phengsavat dari Vietnam pada 2008 namun kini sudah bercerai.
Justeru Terry berharap pihak berwajib dapat melihat masalah dihadapi anaknya itu dengan lebih serius supaya anaknya boleh meneruskan persekolahannya.
Sementara itu Lo memberitahu anak lelaki Terry tidak boleh dihalang daripada mendapatkan pendidikan kerana ia penentu masa depannya.
Pada hari sama, Lo dikunjungi pasangan Bong Hong Kiong, rakyat Sarawak dan isterinya warganegara Indonesia Koleta Asis Dala yang berdepan masalah sama.
Anak sulung pasangan itu, Angelina Bong tidak mendapat status kewarganegaraan namun anak lelaki mereka, Alvin Bong rakyat Malaysia yang sah.
Sama seperti Terry, Bong telah memohon beberapa kali bagi mendapatkan status kerakyatan untuk anak perempuannya sejak lapan tahun lalu.
Sehubungan itu Lo berkata beliau akan membawa perkara itu kepada perhatian JPN dan berkata masih banyak lagi kes tiada status kerakyatan di negeri ini yang datang berjumpa dengannya meminta bantuan.

No comments:
Post a Comment