09 July 2016

Sedia hadapi perubahan cuaca tidak diduga


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Sedia hadapi perubahan cuaca tidak diduga

2016-07-08
Oleh Jessica Jawing//

KUNJUNGAN:Wan Junaidi (empat kanan) bersama isteri Datin Sri Feona Junaidi (tiga kanan) merakam kenangan bersama Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian (tiga kiri) serta yang lain di rumah terbuka beliau di Kuching, semalam. Turut kelihatan ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang (dua kiri). 

KUCHING: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa bersedia berhubung perkara berkaitan alam sekitar termasuk perubahan cuaca yang tidak dapat diramalkan melanda negara ini. 

Menterinya Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagaimanapun ia memerlukan kerjasama semua pihak sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. 

“Ini adalah corak cuaca yang kita tidak dapat ramal-kan pada era pemanasan global sekarang dan kita tidak dapat meramalkan apa yang berlaku dan menyaksikan lebih banyak hujan lebat. 

“Sebab itu majlis tempatan dan kerajaan negeri mesti menangani masalah perparitan di seluruh negara, jika tidak kita akan menyaksikan lebih banyak hujan lebat,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini, semalam. 

Menurut Ahli Parlimen Santubong itu, kementeriannya juga telah membuat saranan dan ia akan dibincangkan dengan kerajaan negeri. 

Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini hanya dua tompok panas di kawasan Sambas dan beberapa tompok panas di Sumatera, yang dijangka mungkin tidak ada jerebu dalam masa terdekat. 

“Kita berharap Indonesia dapat mengawal dan melarang orang daripada melakukan pembakaran hutan di negara mereka. 

“Masalahnya 40 peratus daripada pekebun kecil mereka menanam kelapa sawit atau pulpa.
“Jadi mereka perlu me-ngawal perkara itu...mereka dapat mengawal kegiatan syarikat besar tetapi tidak dapat mengawal kegiatan pekebun kecil,” katanya lagi. 

Wan Junaidi berkata, per-ubahan angin akan berlaku pada Julai ini dan jika mereka masih membakar hutan di Sumatera atau Kalimantan, mungkin negara ini berjerebu tetapi tidak serius.

“Saya rasa Indonesia perlu bertanggungjawab kepada negara jiran kerana berdasarkan Perjanjian Jerebu Antara Sempadan ASEAN yang ditandatangani pada 2002, mereka mesti menjamin perlindungan bagi negara jiran daripada jerebu, dengan melaksanakan pemisahan api, pemadaman api, pencegahan api, semua mesti dilaksanakan. 

“Khususnya pengurusan kawasan tanah gambut terutama syarikat konsesi daripada syarikat besar dan beberapa syarikat perladangan kadang-kadang tidak mengikuti peraturan juga,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment