08 August 2017

Penyaringan kanser darah dan pemeriksaan kesihatan


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Kumamoto, Jepun, akan menjalankan satu projek komuniti yang melibatkan penyaringan kanser darah dan pemeriksaan kesihatan percuma in kawasan Majlis Perbandaran Padawan. Projek komuniti ini akan bermula pada bulan Ogos 2017 dibawah sokong penuh daripada Majlis Perbandaran Padawan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Cr Lo Khere Chiang mengumumkan projek ini dalam satu persidangan akhbar dan memperkenalkan pasukan perubatan UNIMAS bagi projek ini: Dekan Fakulti Perubatan and Sains Kesihatan, Profesor Dr Ahmad Hata bin Rasit, Timbalan Dekan (Siswazah dan Penyelidikan), Profesor Madya Dr. Asri bin Said, Penyelia Projek Profesor Dr. Lela binti Haji Su’ut, Ketua Pasukan Projek, Profesor Madya Dr. Kuan Jew Win (Pakar Hematologi Klinikal), ), Dr. Isabel Fong Lim ( Doctorat Kajian Kanser and Perubatan Molekul), Ms. Tay Siow Phing (Ahli Sains Biomedikal (Hematologi)), Jururawat Ms. Natasya Marliana binti Abdul Malik dan Jururawat Ms. Imelda anak Jana.

Di bawah projek ini, Profesor Madya Dr. Kuan Jew Win and para jururawat akan melawat rumah yang terpilih dalam komuniti, dan setelah mendapat persetujuan, membuat temuduga kesihatan, pemerikasaan kesihatan serta mengambil sampel darah untuk siasat parameter darah and gen kanser darah BCR-ABL1.  Selepas itu, pasukan perubatan UNIMAS akan memberi laporan ujian darah kepada tuan punya sampel darah dan memberi perundingan perubatan yang sesuai jika perlu.

Chronic Myeloid Leukemia (CML) ialah sejenis kanser darah yang disebabkan oleh gen kanser darah BCR-ABL1.  Keadaan penyakit ini dibahagikan kepada fasa awal (Chronic Phase), fasa tengah (Acceralated Phase) and fasa akhir (Blast Crisis).  Sekiranya didiagnosa pada fasa awal, hampir kesemua pesakit akan mempunyai jangka hidup yang normal dengan memakan ubat untuk mengawal keadaan penyakit.  Malangnya, CML pada fasa awal selalunya tiada gejala.  Pemeriksaan darah biasa mungkin hanya menunjukkan sedikit perubahan  mengakibatkan kes tidak dikesan. Malahan, terdapat satu ujian darah mahal, iaitu menguji kemunculan gen kanser darah BCR-ABL1, yang dapat mengesan penyakit ini dan membolehkan pakar perubatan meninjau keadaan penyakit CML ini.  Setakat ini, kemudahan untuk membuat ujian gen kanser darah BCR-ABL1 ini tidak terdapat di Sarawak.  Kos untuk ujian gen kanser darah BCR-ABL1 adalah sebanyak RM500.  Kini, dibawah satu projek kerjasama penyelidikan di antara UNIMAS dan Universiti Kumamoto, UNIMAS berupaya untuk memberi khidmat penyaring kanser darah kepada komuniti melalui projek ini. Projek ini akan memanfaatkan rakyat Sarawak dan membolehkan Sarawak mempunyai kemudahan membuat ujian gen kanser darah BCR-ABL1 ini.

Kawasan terpilih di Padawan ialah:
1. RPR Batu Kawa Phase 2
2. Jalan Batu Kawa – Matang, Taman PRC
3. Jalan Padawan, Kampung Serumah
4. Kampung Pesang, Padawan
5. Taman Hua Yan
6. Taman Sri Makmur, RPR Batu 6

Untuk pertanyaan, sila hubungi Fakulti Peruabatan dan Kesihatan Bersekutu, UNIMAS: + 6 082 581000 / 581388, ext 7007.  Pasukan perubatan UNIMAS projek ini akan memberi penjelasan yang lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment