Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Unit Saberkas Taman Indah Landeh atas kejayaan mengajurkan Majlis Program Jalinan Mesra Bersama Rakyat di Ambang Kemerdekaan yang kita riakan pada malam ini.
Hadirin sekalian,
Hari kemerdekaan Negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran Negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan Negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau
perbarisan memasang bendera pada bangunan kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak Negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.
Kebaikan sambutan hari kemerdekaan in adalah dapat memupuk semangat patriotic atau cinta akan Negara. Dengan menyambut hari kemedekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiei dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri, perkara ini demikian kerana tak kenal maka tak cinta, iaity seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya
dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.
Selaian itu, dengan menyambut hari kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hai ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di Negara kita akan berkerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, Iban dan India turut serta dalam sambutan tesebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat
dipupuk dan disuburkan melalui sambutan kemerdekaan.
Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan-perjuangan kemerdekaan Negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Semata-mata untuk memerdekakan Negara kita. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Dengan cara itu, sebagai rakyat Negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan Negara kita sampai bila-bila.
Intihanya, hari kemerdekaan Negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat Negara ini dengan penuh Penhayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan hari kemerdekaan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan Negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat Negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari kemerdekaan Negara.
Akhir kata, saya mengucapakan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Unit Saberkas Taman Indah Landeh, Ahli Jawatankuasa dan para hadirian yang dihormati sekalian, diatas kesudian bersama-sama berada dalam majlis kita pada malam ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Setiap apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat.
No comments:
Post a Comment