21 May 2018

Acara rawatan perubatan tradisional Cina secara percuma berjaya diadakan di Kuching


DayakDaily
Acara rawatan perubatan tradisional Cina secara percuma berjaya diadakan di Kuching

May 20, 2018, 



KUCHING, Mei 20: Persatuan Anti­Kanser Teck Choon Kuching telah mengadakan acara memberikan rawatan perubatan tradisional Cina secara percuma kepada orang ramai di Tingkat 2, Kuching Sentral, di sini, bermula jam 9 pagi hari ini.

Acara kebajikan terbabit termasuk rawatan tradisional Cina berbentuk akupuntur, bekam dan urutan badan adalah selama sehari dan dianjurkan bersama Persekutuan Persatuan Tabib dan Pedagang Ubat Tionghua Malaysia dan Persatuan Holistik Semulajadi dan Perubatan Tradisional Kuching.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang merasmikan acara terbabit yang juga dihadiri Setiausaha Politik Ketua Menteri, Tan Kai dan Pengerusi Pengelola dan Presiden Persatuan Anti Kanser Teck Choon Kuching, Then Shui Ted.

Lo berkata pengamal perubatan tradisional Cina dari China dan Taiwan yang memberikan rawatan dan kaunseling kepada orang ramai secara percuma di acara itu dan berikutan sambutannya mengalakkan, menyarankan lepasan sekolah di negeri ini termasuk dari bukan kaum Cina supaya memilih memasuki universiti di China yang ada menawarkan pengajian dalam perubatan tradisional Cina.

Pelbagai bentuk rawatan perubatan tradisi Cina yang diberikan secara percuma kepada orang ramai di Kuching Sentral.

“Ini supaya mereka dapat menjadi pengamal perubatan tradisional Cina pada masa depan dan merawat pesakit di negeri ini. Saya percaya
pengamal perubatan terbabit yang bukan dari kaum Cina juga mempunyai potensi kerana masyarakat berbilang kaum di Malaysia,”katanya.

Disamping itu, Lo berkata terapi rawatan perubatan tradisional Cina yang berusia ribuan tahun adalah diiktiraf kerajaan China dan pengamal perubatan terbabit boleh menyediakan khidmat rawatan mereka di hospital kerajaan di China dan menyarankan pengamal perubatan tradisional Cina di negeri ini dapat kerap setiap tahun melawat China bagi menambahbaik pengetahuan dan kemahiran mereka.

“Saya juga berharap Persatuan Anti Kanser Teck Choon Kuching akan mengadakan ceramah mengenai rawatan anti kanser dan perubatan tradisional Cina selepas ini supaya orang ramai di negeri ini dapat mengetahui mengenai rawatan terbabit bagi menjaga kesihatan mereka,” katanya.

Beliau juga mendedahkan persatuan terbabit ditubuhkan bagi mengadakan aktiviti kebajikan membantu pesakit kanser melawan penyakit mereka dan juga mengurangkan beban mendapatkan rawatan kanser. — DayakDaily

No comments:

Post a Comment