Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Usaha MPP bendung
kegiatan judi haram
Utusan Borneo Oline: 2017-06-08 oleh Patricia Gari
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) meluluskan usul mengharamkan segala operasi perniagaan haram termasuk aktiviti perjudian mesin ikan di kawasan pentadbirannya.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, usul itu dipersetujui pada mesyuarat penuh khas MPP semalam selepas mesin ikan disahkan sebagai aktiviti perjudian oleh polis.
“Memandangkan mesin ikan telah disah sebagai aktiviti perjudian berikutan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dan Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhassan, ahli majlis dan saya telah meluluskan satu usul semasa mesyuarat penuh khas MPP hari ini (semalam).
“Usul itu, untuk mengharam segala operasi perniagaan haram dalam bidang kuasa MPP,” katanya pada sidang media di MPP dekat sini semalam.
Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang bagaimanapun berkata MPP memerlukan bantuan polis untuk menangkap pihak yang didapati melanggar undang-undang atau menggalakkan perjudian haram di kawasan Padawan.
“Saya menyeru polis melakukan serbuan dan menutup semua operasi melibatkan aktiviti mesin ikan dalam kawasan MPP dan MPP akan memberi kerjasama rapat untuk membanteras operasi mesin ikan ini,” ujarnya.
Beliau berkata, aktiviti perjudian haram di kawasan Padawan agak buruk kerana ia telah menimbulkan banyak sentimen negatif dalam kalangan masyarakat di kawasan itu.
Menurutnya, dari luaran mungkin masyarakat menganggap aktiviti perjudian masalah sosial yang dapat diatasi dengan mudah, namun hakikatnya ia isu sangat rumit, tidak jelas malah melibatkan pihak-pihak tertentu.
“Saya terpaksa berani dan meletakkan diri dalam risiko untuk menyelesaikan situasi ini sebaik mungkin, menghentikannya sekali dan selamanya.
“Oleh sebab itu, saya tidak suka apabila Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak) membuat kenyataan negatif yang menimbulkan salah faham antara saya, MPP dan polis... Hubungan MPP dengan polis sangat baik,” ujarnya.
Hadir sama Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim, pemangku Ketua Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar MPP Francis Liu, Pegawai Perhubungan Awam MPP Hiu Kee Sing dan Ahli Majlis Bronnie Marshall Benedict Poris.

No comments:
Post a Comment