Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Gubal peraturan baharu
% 2017-06-03 oleh Saibi Gi
MPP serius, bermesyuarat selepas Gawai gubal peraturan baharu haramkan operasi mesin judi ikan: LoKhere Chiang
KUCHING: Komitmen serius Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dalam usaha membanteras kegiatan perjudian haram dibuktikan apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan menggubal peraturan baharu mengharamkan operasi mesin judi ikan.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat khas selepas cuti Hari Gawai Dayak bertujuan membincangkan peraturan baharu itu di kalangan ahli-ahli majlis.
“Dengan keputusan ini, saya memohon kerjasama Ibu Pejabat Polis (IPD) Padawan untuk menyerbu dan melarang mana-mana kegiatan mesin ikan haram dijalankan di kawasan penguatkuasaan MPP.
“Kegiatan perjudian jatuh di bawah bidang kuasa polis, dan MPP akan bekerja rapat dengan IPD Padawan untuk memastikan tidak akan ada lagi mana-mana kedai mesin ikan di kawasan bidang kuasa MPP,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Ia merupakan tindakan susulan MPP berikutan penutupan empat premis pusat hiburan keluarga yang didapati menjalankan aktiviti perjudian pada minggu ini.
Menurutnya, perjudian haram menerusi mesin ikan ini semakin berleluasa dan membangkitkan banyak masalah kepada masyarakat serta memburukkan imej bandar raya ini.
Malah, aktiviti perjudian sebegitu telah menimbulkan kegusaran orang ramai dan memporak-perandakan keharmonian keluarga serta menyebabkan perpecahan keluarga kerana hutang akibat berjudi.
“Saya amat terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap isu ini.
“Facebook dan mesej saya telah dipenuhi dengan sokongan yang banyak dan permintaan untuk menghapuskan masalah ini serta memberhentikan kegiatan aktiviti mesin ikan haram,” katanya.
Lo yang maklum tentang dakwaan mengatakannya menerima rasuah untuk melindungi aktiviti perjudian haram turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat kepada MPP dan polis tentang kewujudan aktiviti perjudian haram.
“Ada juga yang menyatakan saya makan suap dan tidak jujur. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya adalah bersih dan amanah dari dahulu lagi hingga sekarang.
“Kita akan sama-sama berganding bahu dengan pihak polis untuk memerangi jenayah, dadah, aktiviti 4D

haram dan perjudian,” tegasnya.
Mengenai aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan di tempat letak kereta dan kaki lima, beliau memuji
IPD Padawan kerana mengetengahkan isu itu.
Katanya, ia disebabkan kelemahan MPP kerana tidak dapat menguatkuasakan isu ini dengan lebih berkesan. “Saya bersyukur kerana kerajaan negeri telah meluluskan seramai 15 pegawai penguat kuasa, termasuk seorang ketua yang amat diperlukan daripada Unit Penguatkuasaan untuk diletakkan di bawah MPP. “Adalah menjadi harapan saya dengan hasrat yang sangat mendalam bahawa dengan pertambahan yang ada, Unit Penguatkuasaan MPP akan menjadi lebih berkesan dalam menangani masalah perdagangan yang tidak bertanggungjawab di laluan pejalan kaki dan kawasan letak kereta,” katanya. |
No comments:
Post a Comment