02 June 2017

MPP batal lesen empat premis serta- merta: Lo


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP batal lesen empat premis serta-merta: Lo

Utusan Borneo Online 2017-06-01 TEGAS: Lo pada sidang media semalam. 

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bertindak membatalkan lesen empat premis Pusat Hiburan Keluarga berkuat kuasa semalam susulan pemantauan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti perjudian haram. 

Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata, tindakan tegas tersebut diambil hasil perbincangan antara pegawai dan penasihat undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang mendapati keempat-empat premis tersebut melanggar syarat-syarat yang ditetapkan. 

Tambahnya, premis-premis tersebut terletak di Kota Padawan dan Kota Sentosa dan beroperasi menggunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga sejak kira-kira lima tahun lepas. 

“Keempat-empat premis Pusat Hiburan Keluarga ini beroperasi di atas lesen yang dikeluarkan oleh MPP sejak kira-kira lima tahun lepas. 

“Bagaimanapun, hasil pemantauan serta maklumat daripada polis, MPP melalui perbincangan dengan pegawai dan penasihat undang-undang bersetuju untuk membatalkan lesen keempat-empat premis tersebut serta-merta kerana didapati berlaku aktiviti perjudian haram,” katanya. 

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau turut mengesahkan hanya empat premis yang beroperasi menggunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga di kawasan MPP. 

“Polis sebelum ini memberitahu mereka telah menyerbu lima premis perjudian yang didapati beroperasi menggunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga, dan untuk makluman, hanya empat sahaja premis di bawah MPP dan sebuah lagi adalah di bawah PBT lain,” katanya. 

Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang turut menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen operasi mana-mana premis yang didapati menjalankan aktiviti perjudian haram. 

“Terdapat juga aduan mengatakan berlaku aktiviti menjual loteri haram di kedai-kedai makan dan jika tertangkap selepas ini, MPP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan seperti mengarahkan premis tersebut ditutup atau lesen perniagaan dibatalkan,” tegas Lo. 

Sementara itu, Lo mengucapkan penghargaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan atas kerjasama yang diberikan terutama dalam membanteras kegiatan jenayah di sekitar kawasan MPP. 

“Kita harap IPD Padawan akan meneruskan operasi pada masa akan datang terutama ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian haram seperti ini kerana kita mahu perangi aktiviti perjudian ini habis-habisan. 

“Begitu juga dengan jenayah lain, seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya, di mana kami (MPP) akan


No comments:

Post a Comment