Lo (kanan) pada sidang media.
|
KUCHING: Empat premis di Kota Padawan dan Kota Sentosa diarahkan tutup dan dibatalkan lesen operasi serta merta susulan pemantauan dilakukan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang mendapati menjalankan aktiviti perjudian haram.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata keputusan itu dilakukan selepas pemantauan terhadap premis-premis yang beroperasi menggunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga.
"Pemantauan telah dilakukan ke atas keempat-empat premis tersebut dan selepas berbincang dengan pegawai dan penasihat undang-undang kita (MPP), kami bersetuju untuk membatalkan lesen keempat-empat premis tersebut serta merta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata pihaknya berterima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di atas kerjasama yang diberikan untuk membanteras kegiatan perjudian di kawasan MPP.
"Kita akan terus memberi kerjasama kepada IPD Padawan dalam bersama-sama memerangi kegiatan perjudian di sekitar kawasan MPP," katanya.
Difahamkan, hanya empat premis yang diberikan lesen Pusat Hiburan Keluarga di kawasan MPP sejak lebih dari lima tahun lepas.
No comments:
Post a Comment