19 January 2017

Tok Nan pemimpin yang benar-benar menyayangi rakyat, kata Lo


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Tok Nan pemimpin yang benar-benar menyayangi rakyat, kata Lo

Utusan Borneo Online: 2017-01-18 



INGATI ADENAN: Lo (tiga kiri) bersama tetamu jemputan lain bertafakur sejenak dan berdoa untuk Tok Nan yang sentiasa disayangi rakyat. 

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang terkenang akan pergorbanan bekas pemimpin nombor satu Sarawak Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang sentiasa men-dahulukan rakyat. 

Beliau berkata Tok Nan benar-benar menyayangi rakyat dengan meluluskan tanah seluas 46 ekar untuk dimajukan sebagai sebuah taman di Batu Kawa pada Pilihan Raya Ne-geri yang lepas. 

“Saya tidak dapat mencari kata-kata sempurna untuk menggambarkan nilai Datuk Patinggi Adenan dalam hati rakyat di sini tetapi saya akan cuba dengan menceritakan satu insiden yang berlaku pada suatu pagi hari Sabtu. 

“Ia adalah sebelum Pilihan Raya Negeri yang lepas. Dengan merasakan apa yang dipinta adalah sangat penting, saya tiba di rumah Adenan sekitar jam 7.30 pagi. 

“Seakan-akan tahu apa yang saya mahukan, dengan wajah yang kelihatan serius tetapi suara yang agak lembut selepas bercakap beliau sukakan idea tersebut. 

“Tidak sampai sebulan kemudian, saya amat terkejut sekali apabila menerima sepucuk surat menerusi pihak majlis di mana Jabatan Tanah dan Survei telah meluluskan secara bertulis tanah seluas 46 ekar tersebut untuk dimajukan sebagai sebuah taman,” katanya ketika berkongsi kenangan pada Majlis Sembahyang Memperingati Allahyarham Adenan di SMS Sunny Hill semalam. 

Dengan tekad itu, beliau kini lebih berazam untuk melindungi sebidang tanah tersebut untuk dimajukan sebagai sebuah taman, seperti apa yang dibayangkan oleh Allahyarham Adenan. 

Allahyarham menurutnya, telah meninggalkan kesan yang amat besar dalam sejarah Sarawak dan Malaysia. 

Beliau kata Lo, menjadikan ‘Adenan Way’ sebagai legasi dan tugasan yang mencabar untuk diwarisi oleh pengganti beliau. 

Kehilangannya menjadikan rakyat kehilangan seorang pemimpin yang berani dan suka berterus terang dengan ketaatan kepada prinsip yang menjadi lambang perpaduan dan kestabilan bagi Sarawak. 

“Adenan merupakan guru saya yang paling hebat dan beliau berkali-kali meng-ingatkan saya untuk bekerja lebih rajin bagi mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang rakyat. 

“Kepada Adenan, saya akan mengabdikan karier politik saya untuk meneruskan impian beliau, wawasan beliau bagi satu Sarawak di mana semua kaum dan agama hidup dalam harmoni. 

“Saya akan melatih dan menggerakkan rakyat Batu Kitang sebagai kekuatan utama saya untuk menerus-kan perjuangannya ini bagi mewujudkan sebuah negeri Sarawak yang lebih baik untuk semua masyarakat,” tambahnya semalam. 

Beliau bekerja tanpa mementingkan diri demi kebaikan semua rakyat Sarawak. Beliau telah menyerahkan 

Tok Nan pemimpin yang benar-benar menyayangi rakyat, kat... 

http://www.utusanborneo.com.my/2017/01/18/tok-nan-pemi... 

jiwa dan raganya kepada projek untuk memajukan Sarawak demi rakyat Sarawak.
Maka dengan itu, Lo mengingatkan para pelajar Sekolah Sunny Hill, Datuk Patinggi Adenan adalah salah satu contoh terbaik kerana memiliki kecekalan yang lahir daripada keazaman untuk menjalankan tugas hingga selesai. 

“Cari keistimewaan anda dan gunakannya. Adenan amat menyukai apa yang beliau buat untuk Sarawak. Anda juga akan berusaha sedaya upaya dalam apa jua yang anda suka lakukan,” ujarnya. 

Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) semalam turut bersembahyang bersama lebih 200 pelajar SMS Sunny Hill yang turut dihadiri Presiden PIBG Sunny Hill Benjamin Spencer dan Pengetua SMS Sunny Hill James Jalin.

No comments:

Post a Comment