Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Penduduk Kampung
Batu Kitang Lama mempunyai bot untuk kegunaan banjir
Utusan Borneo Online: 2017-01-09
KUCHING: Penduduk Kampung Batu Kitang Lama kini mempunyai bot sendiri untuk digunakan ketika dilanda bencana banjir yang kerap berlaku di situ semasa musim tengkujuh.
Bot dilengkapi enjin 10 kuasa kuda yang bernilai lebih RM10,000 itu disumbang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang di bawah geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Kitang Lama.
Majlis penyerahan bot itu semalam disempurnakan oleh Lo di Dewan Serba Guna Kampung Batu Kitang Lama sempena program Sukan Rakyat anjuran unit SABERKAS kampung itu.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu berkata, geran yang diagihkan kepada JKKK Kampung Batu Kitang Lama bagi membeli bot dan peralatan lain diberi tidak lama selepas beliau menang Pilihan Raya Negeri lalu.
“Di sini adalah salah satu kawasan yang kerap dilanda banjir ketika musim tengkujuh, sebab itu saya bersetuju dan meluluskan permohonan penduduk di sini untuk membeli peralatan bagi persiapan menghadapi banjir seperti bot ini,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim.
Dalam perkembangan lain, Lo memberitahu bahawa penganjuran program sukan rakyat itu dapat dijadikan platform untuk menyatukan penduduk di kawasan tersebut.
Jelasnya, beliau sedia membantu 13 unit SABERKAS di bawah DUN Batu Kitang dalam menganjurkan aktiviti bermanfaat untuk penduduk di kawasan berkenaan.
“Saya menggalakkan anak muda menyertai SABERKAS bukan sahaja dapat terlibat dalam aktiviti sihat tetapi pelbagai program lain seperti kepimpinan,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment