Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Lo serah kepada pucuk
pimpinan pilih Timbalan Ketua Menteri
Utusan Borneo On;line: 2017-01-18
Utusan Borneo On;line: 2017-01-18
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang percaya kepada keputusan
pucuk pimpinan tertinggi negeri bagi memutuskan siapa yang layak menyandang jawatan Timbalan Ketua
Menteri Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita untuk mengulas kenyataan, cadangan dan desas-desus bahawa Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian sedang memancing jawatan tersebut.
“Sejujurnya saya tidak berada di peringkat atasan untuk menjawab pertanyaan ini dan kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku selepas ini.
“Tetapi kita percaya pe-mimpin negeri hari ini termasuk Tuan Yang Terutama (TYT) berupaya membuat keputusan yang baik untuk semua.
“Sarawak sentiasa diberkati dengan banyak pe-mimpin yang berkaliber dan kita akan mendapat manfaat yang banyak berbanding negeri lain,” katanya kepada pemberita semalam.
Lo juga mengiyakan pertanyaan pemberita sekiranya setiap pemimpin di negeri ini mempunyai kelebihan masing-masing.
Pada masa yang sama, beliau turut bersyukur kerana pelantikan Ketua Menteri yang baharu mendapat sokongan padu para pe-mimpin dan rakyat jelata.
Jelasnya, kepimpinan Sarawak diberkati dengan parti kuat komponen BN yang juga salah satu daripada tulang belakang Barisan Nasional (BN) mempunyai pemimpin yang berkaliber.
“Saya sangat percaya Ketua Menteri yang baharu akan dapat menggalas dan meneruskan perjuangan dan kerja yang telah Allahyarham Adenan mulakan.
“Beliau pasti mempunyai cara beliau sendiri untuk membawa negeri ini lebih maju sebagaimana Allahyarham Adenan yang mempunyai cara tersendiri mengurus negeri.
Sokongan terhadap Ketua Menteri baharu menunjukkan perpaduan kaum di negeri ini kerana tidak ada pemimpin di dalam dunia yang mampu memimpin tanpa ada perpaduan ter-sebut,” tambahnya.
Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata beliau akan membantu pentadbiran baharu agar semuanya berjalan dengan lancar dan Sarawak akan sentiasa kukuh.

No comments:
Post a Comment