04 January 2017

Kutipan cukai MPP dijangka susut RM2j setahun


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Kutipan cukai MPP dijangka susut RM2j setahun

2017-01-03
Ia disebabkan peralihan kawasannya dari Batu 15 hingga Batu 26 Jalan Kuching-Serian
kepada MDS
// Oleh Nick Fletcher // 

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bermula tahun ini dijangka mengalami pengurangan hasil lebih RM2 juta setahun, ekoran peralihan kawasannya dari Batu 15 hingga Batu 26 Jalan Kuching-Serian kepada Majlis Daerah Serian (MDS). 

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata pengura-ngan hasil itu adalah dari segi pegangan serta kutipan cukai taksiran tahunan daripada kawasan berkenaan. 

“MPP kehilangan lebih RM2 juta daripada peralihan kawasan kepada MDS ini. Walaupun ia menjejaskan dari segi pendapatan namun kami akan terus komited untuk membangunkan kawasan seliaan yang lain,” katanya. 

Berkuat kuasa 1 Januari lepas, MDS telah mengambil alih kawasan MPP seluas 416,667 kilometer persegi yang meliputi Kampung Batu Gong hingga ke Kampung Darul Islam Belimbing. 

Ia turut merangkumi kawasan di sepanjang Jalan Mambong-Sarig bermula dari Kampung Tabuan Rabak. 

Selain itu, pengambilalihan tersebut turut melibatkan rumah kedai komersial dan kawasan perumahan kediaman di Bazar Siburan, Tapah dan Beratok. 

MDS juga akan mengambil alih sebanyak 9,198 hartanah merangkumi 9,086 hartanah persendirian dan 112 hartanah kerajaan. 

Dengan itu, MDS akan bertanggungjawab untuk menyediakan semua perkhidmatan perbandaran di kawasan terbabit seperti memungut sampah, memotong rumput, membersihkan longkang, pembinaan dan penyelenggaraan jalan, lampu jalan, menyelenggara pasar dan pusat penjaja termasuk pemprosesan pelan bangunan.

No comments:

Post a Comment