KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan
(MPP) sedang dalam proses me-wartakan kawasan berpotensi di kawasan
pentadbirannya untuk mengenakan bayaran letak kereta.
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata keputusan itu adalah bergantung kepada keperluan mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya.
“Sama ada MPP akan mengenakan bayaran letak kereta di kawasan tertentu, ini akan bergantung kepada keperluan untuk berbuat demikian khususnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata pihakya turut menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyat berhubung keputusan tersebut.
“Sudah pasti ada orang yang menyokong idea ini (mengenakan bayaran letak kereta) dan terdapat juga orang yang menentangnya,” katanya.
MPP pada tahun lepas telah menyatakan rancangan untuk melaksanakan bayaran letak kereta di beberapa kawasan di bawah pentadbirannya namun sehingga kini ia belum dilaksanakan sementara menunggu kajian yang telah dibuat.
Di bandar raya ini, hanya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang telah melaksanakan sistem itu.

No comments:
Post a Comment