08 January 2017

MPP peroleh lebih RM1 juta setahun jika laksanakan bayaran lot parkir


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP peroleh lebih RM1 juta setahun jika laksanakan bayaran lot parkir

Utusan Borneo Online: 2014-01-07


KUCHING: Majlis Perban-daran Padawan (MPP) menjangkakan memperolehi pendapatan tambahan lebih RM1 juta setahun jika ia mendapat kelulusan untuk melaksanakan bayaran bagi lot parkir seperti yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). 

Menurut Pengerusinya Lo Khere Chiang, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat di mana ia akan melibatkan kawasan Batu 3, Kota Sentosa, MJC Batu Kawa dan Kota Padawan. 

“MPP telah mengemukakan Draf Perintah Letak Kereta kepada kementerian pada beberapa bulan lepas dan sekarang sedang menunggu kelulusan. 

“Sebaik sahaja perintah ter-sebut dikuatkuasakan, dijangka lebih daripada 2,000 lot parkir di kawasan MPP tidak akan digunakan secara percuma lagi,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Beliau ditemui selepas meng-adakan pertemuan dengan ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen dan ADUN Batu Kawa Christina Chiew di ibu pejabat MPP, Kota Padawan dekat sini.
Namun demikian, Lo menjelaskan bahawa cadangan ter-sebut masih belum diperincikan lagi. 

“Kami belum pasti sama ada akan mengikut sistem seperti yang digunakan oleh MBKS dan DBKU atau sebaliknya,” kata-nya. 

Dalam pada itu, Lo turut menegaskan bahawa tujuan tersebut adalah tidak hanya untuk MPP mendapatkan pendapatan tambahan tetapi juga membolehkan lebih banyak peluang untuk orang ramai meletakkan kenderaan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. 

Pada masa sekarang, bayaran lot parkir atau parkir berkupon hanya dilaksanakan di kawasan DBKU dan MBKS. 

Caj dikenakan ialah 20 sen bagi 30 minit pertama dan dinaikkan kepada 50 sen bagi 30 minit seterusnya dan kemudian 80 sen bagi jam seterusnya.

No comments:

Post a Comment