Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Penduduk Landeh bakal
lega apabila projek lampu jalan siap
2016-06-18
KUCHING: Setelah sekian lama melalui jalan gelap kini penduduk Landeh khasnya Kampung Betong bakal lega apabila siapnya projek memasang lampu sepanjang jalan.
Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata, meskipun ia bukan di bawah bidang kuasa MPP, tetapi diharap projek ini dapat dilaksanakan menjelang hujung tahun ini.
Katanya, projek yang kini dalam fasa menunggu peruntukan itu akan memulakan kerja pembinaan sejurus mendapat dana.
“Projek ini merupakan projek dijanji semasa pilihan raya dan Timbalan Ke-tua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg memberitahu akan membantu mendapatkan peruntukan bagi projek ini.
“Kita berharap projek dapat siap menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan bagi melegakan masalah yang dihadapi penduduk berkaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.
Menurut Lo, begitu juga pelantikan dan tempoh penyiapan projek terbabit akan ditentukan oleh kementerian berkaitan.
“Tempoh penyiapan projek juga akan ditentukan selepas mendapat kelulusan peruntukan nanti,” kata-nya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang.
Beliau berkata, masalah itu telah membelenggu penduduk lebih 1,000 penduduk sepanjang jalan sejak sekian lama dan agak bahaya terutama ketika waktu malam.
Tambahnya, kampung berkenaan mempunyai populasi penduduk yang besar bukan sahaja Kampung Betong tetapi kampung di sepanjang jalan Landeh. Antaranya di Kampung Betong sendiri seramai 192 populasi, Kampung Landeh (273 populasi), Paya Mebi Jalan Landeh (638), Taman Landeh (246) dan Batu 10 Jalan Landeh (81 populasi).
Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan akan melaksana projek pemasangan lampu jalan di Kampung Betong, Landeh di Kota Padawan.
Menurut beliau, ia akan dilaksana sebaik sahaja peruntukan diluluskan dan menunggu pemeriksaan daripada SESCo di kawasan terbabit.

No comments:
Post a Comment