10 June 2016

MPP akan letak papan tanda bagi laluan berbasikal


Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » MPP akan letak papan tanda bagi laluan berbasikal

Utusan Borneo Online: 2016-03-12
 
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan meletakkan papan tanda bagi laluan berbasikal dibeberapa lokasi jalan di kawasan seliaannya sebagai usaha menyokong kegiatan tersebut. 
 
Pengerusinya Lo Khere Chiang berkata ia sejajar dengan matlamat MPP untuk menjadikan kawasan- kawasan seliaannya mesra kepada kegiatan riadah dan pada masa sama menjadi tarikan pelancong. 

“Saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat majlis akan datang dan jika dipersetujui, kami akan melaksanakann ya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MPP di sini, kelmarin.

Justeru, Lo turut menyeru setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini agar mengambil inisiatif dari segi menyediakan kemudahan berbasikal dan sebagainya. 

“Misalnya PBT mungkin boleh menyediakan infrastruktur seperti kawasan berehat agar kegiatan berbasikal boleh diamalkan oleh seisi keluarga di mana mereka boleh menggunakan kemudahan yang disediakan untuk beriadah. 

“Kegiatan riadah seperti ini adalah lebih baik dan sihat berbanding daripada pergi menonton wayang atau ke premis makanan,” katanya. 

Sementara itu, Lo menjelaskan bahawa pemasangan papan tanda basikal di tepi jalan adalah penting bagi memastikan keselamatan pengguna basikal. 

“Papan tanda ini perlu diletakkan di laluan-laluan yang sering dilalui oleh mereka yang berbasikal. 

“Dengan adanya papan tanda ini, ia akan memberi amaran kepada pengguna kenderaan lain agar berhati-hati di kawasan berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment