Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Selesai masalah
perparitan penyebab banjir kilat
Utusan Borneo Online: 2016-03-01
Semua PBT di Kuching perlu berganding bahu bagi menyelesaikan masalah sistem perparitan, kata Lo
// Oleh Nick Fletcher //
KUCHING: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini perlu berganding bahu bagi menyelesaikan masalah sistem perparitan yang sering menyebabkan banjir kilat.
Menegaskan demikian, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata isu banjir kilat yang sering berlaku kini harus ditangani segera oleh semua PBT kerana ia bukan sahaja berlaku dalam kawasan MPP tetapi juga di seluruh bandar raya ini.
“Sekarang semua PBT harus melihat secara serius mengenai isu banjir kilat kerana ini melibatkan isu perancangan dan pembangunan di semua tempat.
“Semua PBT perlu duduk bersama dan merancang serta mengkaji sistem pembangunan yang baharu bagi mengatasi masalah ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPP di ibu pejabat MPP di sini, semalam.
Turut hadir Setiausaha MPP Andrew Joris Noyen dan Pegawai Perhubungan MPP Freddy Sulau Limpieng.
Dalam pada itu, Lo juga tidak menolak punca banjir kilat yang semakin serius di bandar raya ini adalah disebabkan pembangunan yang pesat.
“Kebanyakan kawasan kini membangun dengan bangunan kedai, perumahan serta pusat beli-belah dan ini menyebabkan saluran air agak terjejas.
“Walaupun terdapat sistem perparitan namun ia tidak dapat menampung sepenuhnya kadar air yang banyak ketika hujan lebat,” katanya.
Sementara itu, Lo berkata banyak kemudahan dalam kawasan MPP yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini menyebabkan majlis itu kini berhadapan cabaran untuk membaik pulih semuanya.
Tambah beliau, MPP memerlukan antara RM20 hingga RM30 juta untuk membaik pulih kemudahan- kemudahan yang musnah tersebut.
“Banyak jalan terputus serta dinding parit runtuh...untuk membaik pulih semuanya, kami memerlukan kewangan yang banyak.

Bagaimanapun, kami sekarang mengalami kekangan kewangan namun kami akan cuba menyelesaikan
masalah ini secara berperingkat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap penduduk di kawasan-kawasan terjejas bersabar dan memahami situasi
yang dihadapi MPP ketika ini.
|
No comments:
Post a Comment