Lo Khere Chiang: Masalah air bertakung, jalan gelap di hadapan KSKB dapat perhatian MPP
Ini kerana, masalah tersebut memberi risiko keselamatan kepada para pelajar dan kakitangan di kolej berkenaan terutama pada waktu malam ketika mereka keluar membeli makanan di kantin luar yang terletak berhampiran.
Malah, pada masa sama keadaan tersebut juga membahayakan pengguna kenderaan termasuk motosikal yang melalui jalan berkenaan.
Maklum mengenai masalah itu semalam, Pengerusi MPP Lo Khere Chiang kemudian bergegas meninjau ke kawasan berkenaan.
“MPP akan meneliti masalah ini dan bagi pemasangan lampu jalan, saya akan kemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika ditemu bual.
Justeru, beliau berharap masalah tersebut akan diatasi oleh JKR demi keselamatan pelajar, kakitangan dan orang ramai yang menggunakan jalan tersebut.
Pada masa sama, Lo turut berjanji bahawa MPP akan membina sistem perparitan di sepanjang jalan berkenaan untuk mengatasi masalah takungan air di situ.
No comments:
Post a Comment