Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Program ‘Ride Safe,
Drive Safe’ promosi kawasan berbasikal selamat di Batu Kawa
Utusan Bornoe Online: 2016-03-12
KUCHING: Program ‘Ride Safe, Drive Safe’ akan diadakan pada 24 April depan bagi mempromosikan kawasan berbasikal yang selamat di sekitar kawasan Batu Kawa di sini.
Pengerusi penganjur Goh Seng Kee berkata program berbasikal secara riadah itu akan bermula pada jam 8 pagi di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) dengan jarak kayuhan sejauh 40 kilometer.
“Memandangkan Batu Kawa sekarang semakin popular dengan kegiatan berbasikal, maka kami ingin mempromosikan kawasan ini sebagai kawasan yang mesra dan selamat untuk aktiviti berbasikal,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.
Turut hadir Pengerusi MPP Lo Khere Chiang dan Pengerusi Kelab Berbasikal Batu Kawa Sim Yian Chai.
Goh menambah, program tersebut adalah dianjurkan bersama Majlis Perbandaran Padawan, Persatuan Berbasikal Sarawak dan Kelab Berbasikal Batu Kawa.
Justeru, katanya para penggemar aktiviti berbasikal dialu-alukan menyertai program berkenaan.
Jelas beliau, pendaftaran boleh dibuat di mana-mana kedai basikal tempatan di sekitar bandar raya ini atau mengunjungi laman sesawang www.Epicborneo.com .
“Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM90 dan setiap peserta akan diberi jersi eksklusif,” katanya.
Goh berkata upacara pelancaran program tersebut dijangka disempurnakan oleh Senator Datuk Dr Sim Kui Hian dan Lo Khere Chiang.

No comments:
Post a Comment