30 March 2016

MPP, GADS meterai MoU anjur Gawai Dayak Bazaar 2016

MPP, GADS meterai MoU anjur Gawai Dayak Bazaar 2016

N
TERMETERAI: Jabu (tengah) menyaksikan pertukaran perjanjian antara Lo (dua kiri) dengan Rogies (lima kanan) selepas sidang media di Kuching, semalam.
TERMETERAI: Jabu (tengah) menyaksikan pertukaran perjanjian antara Lo (dua kiri) dengan Rogies (lima kanan) selepas sidang media di Kuching, semalam.

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Gagasan Anak Da-yak Sarawak (GADS) bagi penganjuran Gawai Dayak Bazaar 2016 yang bermula 30 April hingga 22 Mei akan datang.

Pemeteraian perjanjian tersebut jelas membuktikan usaha sama itu akan membuahkan hasil serta impak positif terhadap ekonomi perniagaan tempatan dan masyarakat Dayak, khasnya.

Ia juga dilaksanakan ke-rana Pusat Komersial MJC Batu Kawa di sini, terpilih sebagai venue sepanjang berlangsungnya Gawai Da-yak Bazaar 2016 itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, beliau menyambut baik penganjuran bazar seumpama itu memandang-kan ia telah menunjukkan kejayaan dalam penganjuran sama di Miri pada tahun lalu.

“Dengan adanya bazar seumpama ini, ia sudah pasti bakal melonjakkan peluang ekonomi khususnya kepada para usahawan Dayak.

“Malah, ia juga diyakini serta boleh dikomersialkan menjadi produk pelanco-ngan Gawai Dayak yang mana akan menarik lebih ramai masyarakat Dayak untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media tentang penganjuran Gawai Dayak Bazaar Kuching 2016 di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Bakal menempatkan sebanyak 100 gerai jualan pelbagai barangan termasuk pakaian, makanan, kraf tangan dan banyak lagi, jelas Jabu bazar itu membuka peluang besar kepada profesional Dayak dan para usahawannya untuk membina jaringan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perniagaan tempatan untuk sama-sama melonjakkan perkembangan ekonomi.

Sementara itu, Timbalan Presiden GADS Rogies Meringgai (presiden GADS Wilayah Selatan) berharap acara julung kali diadakan di Kuching itu akan menjadi satu acara yang akan diingati sampai bila-bila.

“Orang ramai diharap dapat sama-sama meme-riahkan penganjuran Gawai Dayak Bazaar 2016 yang pertama di Kuching ini sebagai mana yang pernah diadakan di Miri pada tahun lalu dan menjadikannya sebagai ingatan sampai bila-bila,” jelasnya.

Manakala Pengerusi MPP Lo Khere Chiang pula berkongsi rasa teruja untuk menjalinkan usaha sama tersebut dan menjadikan ia sebagai acara yang sangat dinantikan penduduk tempatan dan di sekitarnya.

Katanya, beliau mewa-kili Batu Kawa MJC Ow-ners’ Association bersedia menyediakan tapak untuk menjayakan bazar itu.

Antara lain, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk persem-bahan kebudayaan dan persembahan nyanyian serta beberapa aktiviti lain yang bertujuan menarik orang ramai memeriahkannya.

Hadir sama ialah Presiden GADS Gulin Shandong.
Borneo Post
29 March 2016





No comments:

Post a Comment