14 April 2018

Rakyat Sarawak harus memberi mandat berterusan kepada BN: Lo

(https://plus.google.com/share?url=https://www.utusanborneo.com.my/2018/04/13/rakyat-sarawak-harus-memberi-mandat-berterusan-kepada-bn-lo)

2018-04-13

KUCHING: Rakyat Sarawak harus memberi mandat berterusan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memimpin kerajaan, kata ADUN Batu Kitang Lo Khere

Chiang.

Menurut beliau, mandat ini sangat penting dalam menentukan perpaduan di negeri ini dapat dipelihara.

“Sebagai sebuah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum, perpaduan merupakan prasyarat utama bagi memastikan negeri kita aman dan stabil.

“Oleh itu, perpecahan mestilah dielakkan manakala perpaduan mesti diperkukuhkan.
“Kita mesti sedar bahawa kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memilih untuk terus bersatu padu dalam negeri yang tercinta ini,” katanya.

Beliau menegaskan demikian pada majlis ‘walkabout’ bersama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi di Kampung Bukit Panchor, di sini semalam.

Menurut Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), secara realitinya rakyat Sarawak telah membuktikan kepada dunia bahawa perpaduan dalam kepelbagaian adalah kunci kejayaan serta meletakkan negeri ini setanding dengan negeri-negeri lain.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat agar dalam menghadapi apa jua situasi yang berlaku sama ada dari segi politik mahupun ekonomi, hendaklah sentiasa bersatu hati dan berpadu tenaga untuk memastikan Sarawak terus aman dan makmur.
“Harus diingati, kesejahteraan dan keamanan yang sedang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada sikap hormat menghormati dan bertoleransi antara rakyat berbilang bangsa dan agama.

“Maka itu, janganlah kita berpecah belah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini,” katanya. Kategory Sarawak (/sarawak)

No comments:

Post a Comment