KKLW lulus tujuh projek bernilai RM775,000
untuk Parlimen Stampin
2018-04-12
Utisan Borneo Online
Nanta menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan sempena program 'walkabout' di Kampung Bukit Panchor, hari ini.
KUCHING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meluluskan tujuh projek berjumlah lebih RM775,000 untuk dilaksanakan dalam Parlimen Stampin.
Timbalan menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kesemua projek tersebut dipohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Datuk Dr. Sim Kui Hian dan ADUN Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang.
Menurut beliau, antara yang akan dilaksanakan adalah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM240,000.
“Projek ini akan memanfaatkan sebanyak 15 isi rumah yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka,” katanya sempena program ‘walkabout’ di Kampung Bukit Panchor di sini, hari ini.
Selain itu, katanya projek lain adalah menaik taraf Jalan Perhubungan Desa (JPD) Kampung Bumbok sepanjang 700 meter dengan anggaran kos RM200,000, dan Kampung Bukit Panchor sebanyak RM100,000.
Beliau menambah turut diluluskan Program Ameniti Sosial (PAMS) iaitu menaik taraf sistem perparitan sepanjang 312 meter di Lorong 2, Kampung Bumbok dengan kos RM120,000.
Manakala, pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) akan dilaksanakan di Kampung Sandong membabitkan 11 tiang lampu dengan kos RM8,000 termasuk 10 tiang lampu di Kampung Panchor bernilai RM7000.
Projek jeti Kampung Batu Kitang Lama turut diluluskan dengan kos RM100,000.

http://www.utusanborneo.com.my/2018/04/12/kklw-lulus-tujuh-projek-bernilai-rm775000-untuk-parlimen-stampin
No comments:
Post a Comment