Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Tiada operasi,
pelesenan, permit perlombongan bauksit dikeluarkan
2017-02-13
LUNDU: Tiada operasi, pelesenan atau permit perlombongan bauksit akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa di kawasan Sematan dan Lundu, kata Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.
Menurut beliau, kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk membina jalan baharu sehingga ke Sematan bertujuan membangunkan industri pelancongan yang akan memberi manfaat kepada rakyat setempat.
“Saya percaya Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari akan meneruskan usaha dan dasar Allahyarham Tok Nan yang menegaskan kepentingan alam sekitar bagi Sarawak.
“Kami tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah berlaku di Kuantan, Pahang di Sarawak.
“Ia sebagai jaminan agar industri pelancongan di sini dapat dikekalkan untuk tempoh jangka panjang dan memberi faedah kepada masyarakat tempatan di sini,” katanya ketika menghadiri Majlis Mesra Rakyat bersama pemimpin masyarakat Cina dari Kampung Perigi di sini semalam.
Mengulas mengenai pembaharuan pajakan tanah SJK Chung Hua Serayan dan SJK Chung Hua Selarat yang akan akan tamat tahun depan, Dr Sim memberi jaminan bahawa tidak akan ada apa-apa masalah mengenai perkara itu.
“Saya memberi jaminan bahawa tiada siapa yang akan mengambil sekolah mereka dan pembaharuan itu tidak sepatutnya menjadi isu,” katanya.
Sementara itu, mengenai masalah berkaitan tanah NCR dan masyarakat Cina di Sematan, ia akan diselesaikan secara menyeluruh di seluruh negeri ini dan tidak terhad kepada masyarakat tertentu sahaja.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai dan Pengerusi SUPP Cawangan Batu Lintang Sih Hua Tong.

No comments:
Post a Comment