Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Orang ramai diingat
hentikan pembuangan sampah secara haram
Utusan Borneo Online: 2017-02-21
Utusan Borneo Online: 2017-02-21
KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd mengingatkan orang
ramai menghentikan pembuangan sampah secara haram kerana tabiat itu boleh membawa kepada wabak
penyakit berbahaya dan menjejaskan kesejahteraan penduduk sekitar.
Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, kegiatan tersebut mungkin berisiko membawa penyakit seperti denggi, leptospirosis atau penyakit-penyakit lain yang berkaitan kepada mereka yang tinggal di kawasan berhampiran.
“Sebelum apa-apa yang buruk berlaku, kita mesti menghentikan tabiat ini dan mula berfikir tentang kesihatan umum masyarakat dan alam sekitar kita.
“Kita mesti mengamalkan kebersihan persekitaran dengan membuang sampah ke dalam tong sampah untuk pelupusan,” katanya selepas bersama Pengurus Kanan Trienekens (Logistik dan Perkhidmatan) Sarius Lee mengadakan tinjauan ke beberapa lokasi pembuangan sampah haram di kawasan seliaaan MPP, baru-baru ini.
Lo yang juga ADUN Batu Kitang menambah, pihaknya mendapati sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab lebih suka meninggalkan sampah mereka di tepi jalan dengan menjangkakan seseorang akan mengutipnya untuk mereka.
Pembuangan sampah secara haram adalah satu kesalahan di bawah Ordinan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan denda maksimum RM20,000 di bawah Seksyen 30 (1) (a & b).
Orang ramai diminta melaporkan sebarang kegiatan pembuangan sampah haram di kawasan masing- masing dengan menghubungi MPP di talian 082-615566 atau Trienekens (082-612300).

No comments:
Post a Comment