Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Cadangan perkenal
parkir berbayar disokong
% 2017-02-07 oleh Agnes Tugong
KUCHING: Cadangan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) untuk memperkenalkan sistem parkir berbayar di Batu 3 dan Batu 7 diterima baik oleh Naib Presiden Wanita PKR Voon Shiak Ni.
Voon yakin, jika sistem ini diperkenalkan ia mampu mengurangkan kesesakan trafik di kedua-dua lokasi tersebut yang popular di kalangan warga kota sebagai pusat aktiviti perniagaan.
Bagaimanapun, beliau berharap agar pihak MPP akan mempertimbangkan syarat dan peraturan yang lebih baik untuk sistem ini bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik.
“Saya bersetuju dengan cadangan Pengerusi MPP Lo Khere Chiang ini bagi mengurangkan masalah trafik dan kesesakan di kedua-dua lokasi perniagaan popular ini.
“Tetapi kita berharap sistem yang bakal diperkenalkan ini tidak akan membebankan masyarakat terutama yang datang berurusan di dua lokasi ini lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dalam kawasan tersebut,” katanya.
Voon turut mencadangkan supaya sistem ini memberi pengecualian kepada pengusaha dan pemilik kedai di dua lokasi ini dengan mendaftar nombor pendaftaran kenderaan mereka kepada MPP.
Beliau juga menggesa MPP meneliti kaedah pembayaran yang lebih praktikal bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran termasuk pada hujung minggu.
Lo dalam kenyataan sebelum ini berkata MPP masih meneliti perancangan untuk memperkenalkan sistem parkir berbayar melibatkan beberapa lokasi dalam pentadbiran MPP.
Bagaimanapun menurut Lo, sistem yang bakal diperkenalkan ini adalah bertujuan mengurangkan masalah trafik dan bukannya bersifat keuntungan.
Jika diperkenalkan kelak, sistem ini katanya haruslah praktikal dengan sistem yang diguna pakai oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

No comments:
Post a Comment