Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Saluran paip utama
bawah tanah pecah
Utusan Borneo Online: 2017-02-03 oleh Rusnan Mustafa
Utusan Borneo Online: 2017-02-03 oleh Rusnan Mustafa
Ia menyebabkan 12 keluarga dari Kampung Haji Baki hadapi gangguan bekalan air
KUCHING: Masalah gangguan bekalan air yang dihadapi 12 keluarga dari Kampung Haji Baki sejak lima hari lalu disebabkan saluran paip utama bawah tanah pecah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, kerja membaik pulih sedang dijalankan oleh Lembaga Air Kuching (LAK) sejak kelmarin dan kini 10 daripada 12 keluarga yang terjejas sudah menikmati semula bekalan air.
“Penduduk di Blok C Kampung Haji Baki telah mengalami gangguan bekalan air sejak lima hari lalu ekoran saluran paip utama bawah tanah telah pecah menyebabkan 12 keluarga terputus bekalan air.
“Namun, pihak LAK telah melakukan kerja membaik pulih paip berkenaan sejak semalam (kelmarin) dan 10 keluarga telah mendapat bekalan air mereka,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas di sini semalam.
Bagaimanapun Lo yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata, dua lagi keluarga masih mengalami gangguan bekalan air.
“LAK masih melakukan kerja-kerja membaik pulih saluran paip yang rosak itu dan diharap masalah gangguan bekalan air ini dapat diatasi dengan segera,” ujarnya.
Masalah gangguan air yang dialami penduduk Kampung Haji Baki berlaku sejak 28 Januari lalu selepas saluran paip utama bawah tanah di situ pecah.
Malah, disebabkan masalah tersebut, sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) beberapa penduduk yang terdiri daripada masyarakat Cina turut terjejas.
No comments:
Post a Comment