Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Polis berusaha memastikan
PRU14 lancer
2018-03-26 oleh Patricia Gari
Semua pegawai dan anggota mesti menekankan disiplin serta integriti tinggi: Aidil
TRADISI: Aidil memberi tabik hormat semasa perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Peringkat IPD Padawan.
KUCHING: Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata pihaknya akan berusaha memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) akan datang khususnya dalam kawasan seliaan IPD Padawan berjalan lancer.
Berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Peringkat IPD Padawan semalam, Aidil berkata bagi tujuan itu semua pegawai dan anggota mesti menekankan disiplin serta integriti tinggi semasa PRU14 nanti.
“Disiplin dan integriti pegawai serta anggota perlu ditekankan sepanjang berlangsungnya PRU14 nanti.
“Ini sangat penting untuk memastikan PRU14 berlangsung aman dan terkawal pada masa sama menjaga nama baik jabatan,” tegasnya.
Aidil juga mengingatkan semua pegawai kanan dan pegawai rendah polis termasuk pegawai awam yang berkhidmat di bawah IPD Padawan terus setia serta komited berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Seramai 280 anggota polis terdiri daripada 40 pegawai kanan polis dan 240 pegawai rendah polis menyertai majlis itu selain disertai 18 pegawai awam IPD Padawan.

Selain perbarisan, turut diadakan sketsa tangkapan kes ragut menggunakan T-Baton, persembahan Unit Anjing
Pengesanan K9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, pameran gerai jualan Persatuan
Keluarga Polis (PERKEP), pameran kenderaan pasukan Unit Ronda Bermotosikal (URB), Kenderaan Patrol
Bergerak (MPV) serta trafik dan upacara simbolik memotong kek Hari Polis.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Timbalan KPD Padawan DSP Merbin Lisa.

No comments:
Post a Comment