Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Lo kecam kenyataan negatif Chong berhubung isu minyak dan gas
2018-03-14
KUCHING: Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang mengecam kenyataan negatif yang dibuat Ahli Parlimen Bandar Kuching terhadap pengumuman ketua menteri mengenai isu minyak dan gas di Sarawak.
Lo dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, cara Chong mengeluarkan kenyataannya seperti beliau bukan berasal dari negeri Sarawak.
“Sekurang-kurangnya Abang Johari berusaha untuk mendapatkan hak Sarawak sebaik mungkin.
“Apa yang telah diperolehi Chong untuk Sarawak? Dia melakukan yang sebaliknya. Lebih baik membantu Abang Johari dengan berdiri bersama beliau, sebaliknya Chong pula seperti menuangkan air sejuk kepada usaha ketua menteri yang ikhlas dan berani mendapatkan semula hak orang Sarawak.
“Pihak berkuasa masih terletak pada Kerajaan Negeri Sarawak. Ketua menteri kita dengan berhati-hati mengatakan bahawa mana-mana harapan untuk mendapatkan minyak di Sarawak memerlukan kelulusan negera.
“Kita mempunyai seorang ke-tua menteri yang berpengalaman dan telah menubuhkan syarikat minyak Sarawak sendiri, untuk meneroka sumber mineral asli negeri ini dan bekerjasama dengan pihak Petronas tetapi ini tidak bermakna bahawa kita tidak dapat bekerja dengan syarikat minyak lain yang berupaya memberi pulangan yang lebih baik untuk kepentingan Sarawak,” katana.
Abang Johari, katanya, telah membuka peluang dalam industri minyak dan gas untuk Sarawak dan sekarang sudah sampai masanya untuk rakyat Sarawak yang berkebolehan dan rajin meneruskan impian tersebut dalam mengawal sumber dan mendapatkan kembali hak Sarawak.
“Sarawak memerlukan seorang kapten yang mampu memimpin kita bagi mencapai kemakmuran sosial dan ekonomi yang lebih baik serta majs.
Tetapi agak menyedihkan apabila Chong yang menganggotai parti yang berasal dari Malaya jelas tidak dapat memimpin Sarawak untuk mencapai kuasa autonomi yang dimahukan kita.
“Oleh sebab itu, nasihat saya kepada Chong adalah untuk melobi semua adik-beradik Pakatan beliau untuk menggantikan perubahan perlembagaan di Parlimen memihak kepada MA63, yang menyokong semua rakyat Sarawak,” jelasnya.

No comments:
Post a Comment