Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Abang Johari bersungguh-sungguh menyatukan Cina
% 2018-03-19
Keputusan tidak letak calon langsung BN bertanding pada PRU14 adalah bukti kesungguhan Ketua Menteri, kata Lo
KUCHING: Keputusan tidak meletakkan calon langsung Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menunjukkan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bersungguh-sungguh mahu menyatukan komuniti Cina di negeri ini.
Penolong Setiausaha Penerangan dan Publisiti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Lo Khere Chiang berkata keputusan itu juga menunjukkan ketua menteri ‘ikhlas membawa Cina di Sarawak bersatu’.
“Keputusan itu tidak hanya menunjukkan ketua menteri ikhlas menyatukan komuniti Cina di Sarawak tetapi mahu melihat Sarawak bersatu dalam PRU14. “PRU14 adalah pilihan raya pertama diketuai Abang Johari sejak beliau menjadi ketua menteri.
“Sudah tentu beliau mahu melihat rakyat Sarawak tidak kira Cina, Melayu, Dayak atau India, semua berdiri teguh menyokong beliau,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis di Tokong Tua Pek Kong di sini semalam.
Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berkata sudah tiba masanya untuk pemimpin daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) kembali menyertai SUPP dan menjadi keluarga BN yang besar.
“Mereka (pemimpin UPP) adalah saudara kita yang asalnya daripada SUPP. Saya tidak berpendapat generasi seterusnya mahu mewarisi konflik-konflik seperti ini. “Oleh itu kita berharap UPP kembali menyertai SUPP dan saya percaya pemimpin SUPP akan menerima mereka semula dengan tangan terbuka,” katanya. Ujarnya, perpaduan komuniti Cina tidak hanya untuk manfaat SUPP mahupun UPP tetapi demi kepentingan Sarawak secara keseluruhannya.
Ditanya mengenai memorandum persefahaman (MoU) antara SUPP dan UPP, Lo berkata beliau tidak ada hak untuk mengulas mengenai perkara itu.
“Biarlah pucuk kepimpinan kedua-dua parti mengumumkannya kelak. Saya tidak dimaklumkan mengenai MoU ini. “Apa jua mekanismenya, ia adalah penyelesaian terbaik. Penyatuan adalah penyelesaian terbaik,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment