26 May 2017

PDRM kekalkan kejuaraan Kejohanan Piala 1 KDN 2017


Halaman Utama (/) » Sukan (http://www.utusanborneo.com.my/sukan) » PDRM kekalkan kejuaraan Kejohanan Piala 1 KDN 2017

2017-05-25 KUCHING: Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala 1 KDN setelah menewaskan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan 2-0 pada perlawanan akhir penuh dramatik di Padang Jubilee di sini, Sabtu lalu. 

Pengurus AADK, Hamzie Saroji berkata pasukannya akur dengan kehebatan PDRM yang dibarisi pemain serba mantap dan diletakkan selaku pasukan pilihan. 

Pada perlawanan tersebut, AADK berjaya memberi tekanan sehingga memaksa pertahanan PDRM bekerja keras mematah serangan pihak lawan. 

Kealpaan benteng pertahanan AADK tidak mengawal penyerang berbisa PDRM, Mohd Aswad dihukum dengan jaringan cantik pemain itu menerusi gerakan solo pada babak pertama. 

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan berselang babak kedua namun tuah memihak kepada PDRM menyaksikan Aswad bijak meloloskan diri untuk menjaringkan gol kedua. 

Jaringan tersebut menyentapkan semangat AADK untuk bangkit menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun, kedudukan itu kekal sehingga tamat masa perlawanan membolehkan PDRM muncul juara buat kali ketiga kejohanan itu. 

Kemenangan membolehkan PDRM membawa pulang imbuhan wang tunai RM1,500, piala dan pingat manakala AADK berpuas hati menerima RM800 dan pingat. 

Sementara itu, RELA Sarawak menduduki tempat ketiga membawa RM500 dan pingat.
Manakala pasukan ‘Fairplay’ dimenangi Lembaga Lada Malaysia (MPOB). 

Pemain Terbaik perlawanan akhir dimenangi Abdul Rahman dari PDRM, sementara anugerah Penjaring Terbanyak dikongsi Sulaiman (Bomba) dan Mohd Affendi Julaihi (RELA Sarawak) selepas masing-masing meledakkan enam gol. 

Hadiah pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

No comments:

Post a Comment