Halaman Utama (/) » Sarawak (http://www.utusanborneo.com.my/sarawak) » Paulus Pengerusi
BNBBC Sarawak baru
% 2017-05-17 oleh Saibi Gi
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dilantik Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak yang baharu.
Paulus daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan ADUN sejak 2006, menggantikan ADUN Semop Abdullah Saidol yang kini merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat).
Lantikan jawatan Pengerusi BNBBC dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg selepas berbincang dengan pengerusi penyandang dan Speaker Dewan Undangan Negeri.
Pengumuman itu dilakukan oleh Abdullah pada sidang media di sini, hari ini. Paulus dibantu oleh timbalannya, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo.
Manakala ADUN Samalaju Majang Renggi dilantik sebagai setiausaha, dan timbalannya ADUN Layar Gerald Rentap Jabu.
Bendahari ialah ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, dengan timbalannya ADUN Daro Shafiee Ahmad.
Setiausaha penganjur pula ialah ADUN Saribas Mohd Razi Sitam, dibantu ADUN Serembu Miro Simuh.
BNBBC Sarawak yang dianggotai 43 ADUN turut menyaksikan lantikan empat ahli jawatankuasa terdiri daripada ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni, ADUN Kedup Martin Ben, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

No comments:
Post a Comment